Trend Menaik Pasaran Minyak Telah Berakhir?

Trend Menaik Pasaran Minyak Telah Berakhir?

Harga minyak jatuh ke paras terendah 2 minggu lalu pada hari Khamis, didorong oleh penurunan pasaran saham dengan sentimen pelabur minyak kekal bearis

Permintaan Emas Meningkat Disebab Oleh Ketegangan Dagangan Antara China Dan AS
Hasil Keuntungan Minyak Mentah Merosot

Harga minyak jatuh ke paras terendah 2 minggu lalu pada hari Khamis, didorong oleh penurunan pasaran saham dengan sentimen pelabur minyak kekal bearish berikutan laporan mingguan bekalan minyak mentah AS oleh API melebihi jangkaan.

Selepas kehilangan 2.2% pada hari Rabu dan harga Brent terus menurun paras terendah sejak 27 September yang lalu, susut $1.71 atau 2.02% kepada $81.44 setakat jam 10.50 malam.

Minyak WTI pula meneruskan penurunan sekitar 1.87% atau $1.37 ke paras $71.84 per tong.

Penganalisis teknikal daripada London brokerage PVM Oil, Robin Bieber berkata, “Trend menaik pasaran minyak telah berakhir ketika ini, dan arah yang baru sedang dibentuk”.

Jelas beliau, “Pasaran dilihat sedang menuju ke paras harga yang lebih rendah”.

Sentimen risk-off yang sedang menguasai keseluruhan pasaran kewangan turut menjadi punca kejatuhan pasaran minyak.

Bekalan minyak AS meningkat 9.7 juta tong pada minggu lalu kepada jumlah 410.7 juta tong, menjangkaui jangkaan pasaran yang hanya melihat peningkatan 2.6 juta tong.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada laporan rasmi bekalan mingguan oleh EIA dengan jangkaan peningkatan 2.62 juta tong pada minggu lalu.

Sementara itu, penutupan 42 peratus pengeluaran minyak di Teluk Mexico AS akibat ribut taufan Michael telah menyebabkan pengurangan 718,877 juta tong minyak sehari dan perkara ini belum mampu menutup kelemahan angka bekalan yang melebihi jangkaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: