Trend Bullish GBP/USD Lenyap?

Trend Bullish GBP/USD Lenyap?

Pound kembali menjadi matawang terlemah berbanding matawang utama dunia yang lain, didorong oleh laporan daripada Jerman yang mengatakan bahawa Cansel

Sektor Pembuatan Zon Eropah & UK Bergerak Perlahan Pada Suku Tahun Pertama 2018.
Preview News Penting Buat EUR & USD: 03/07/2019

Pound kembali menjadi matawang terlemah berbanding matawang utama dunia yang lain, didorong oleh laporan daripada Jerman yang mengatakan bahawa Canselor Angela Merkel tidak yakin dan akan mengagalkan perancangan kastam selepas Brexit yang dibentangkan oleh Perdana Menteri UK, Theresa May.

Merkel mempersoalkan bagaimana cadangan May ini dapat dilaksanakan sedang beliau masih ditentang oleh sebahagian ahli kabinet. Merkel turut memperingatkan bahawa masa untuk UK kelaur sepenuhnya daripada EU pada Mac 2019 semakin hampir.

Pasaran kini dilihat telah mengenepikan kenyataan hawkish  yang dikeluarkan oleh Gabenor BoE Mark Carney hari ini. GBP/USD telah menutup semua keuntungan yang diperoleh lewat petang Khamis dan kembali ke paras 1.3224, susut -0.04% setakat jam 10.30 malam.

Perhatian pelabur kini tertumpu kepada laporan minit mesyuarat FOMC . Jika butiran minit menyokong nada hawkish yang dikeluarkan pada pengumuman dasar bulan Jun yang lalu, dollar dijangka akan terus mengukuh sehingga laporan NFP esok.

Berdasarkan price action semasa, trend bullish telah dipecahkan. Dengan momentum bearish yang masih kuat, harga 1.3200 kini menjadi garisan sokongan yang perlu dipertahankan. Jika ditembusi, GBP/USD mampu jatuh ke paras 1.3155 dan 1.3100

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: