Theresa May: Unity Here For The Westminister

Theresa May: Unity Here For The Westminister

PM UK, Theresa May hari ini telah membuat sidang media khas bagi memanggil pilihan raya umum awal bagi UK. Sebelum sidang media khas itu, terdapat cak

GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 25/09-29/09/2017
Brexit Bakal Membawa Masalah Kepada Industri Tenaga Britain

PM UK, Theresa May hari ini telah membuat sidang media khas bagi memanggil pilihan raya umum awal bagi UK. Sebelum sidang media khas itu, terdapat cakap-cakap bahawa May akan meletak jawatan atas faktor kesihatan dan mengumumkan pilihan raya umum awal UK. Ternyata cakap-cakap May akan meletak jawatan meleset sama sekali. Sebaliknya May hanya mengumumkan Pilihan Raya Umum yang lebih awal sahaja.

 

Secara kasar May menyeru lebih penyatuan dalam parlimen UK. Jika May memperoleh majoriti lebih banyak dalam pilihan raya umum itu nanti, tugas May dalam rundingan rasmi UK dengan EU dalam memuktamadkan Brexit akan menjadi lebih mudah. Sepatutnya pilihan raya umum seterusnya hanya akan berlaku pada tahun 2020 iaitu 3 tahun lagi.

 

Namun hasrat May bagi pilihan raya umum awal ini perlu mendapat undian 2/3 majoriti House of Common sebelum meminta Queen Elizateh the 2nd membubarkan parlimen. Ini merupakan undang-undang baru (2011) selepas David Cameron membentuk kerajaan campuran ketika itu. May juga menyatakan esok (19/04/2017) beliau akan memanggil undian bagi pilihan raya awal di House of Commons. Jika may dapat memperoleh undian 2/3 bersetuju, Parlimen UK akan dibubarkan pada 03/05/2017.

 

Apa yang pasti, walaupun jika May tewas dalam pilihan raya nanti jika ada. Kerajaan baru juga perlu meneruskan rundingan Brexit kerana apabila UK menghantar nota rasmi pengaktifan Artikel 50 Perjanjian Lisbon, itu merupakan keputusan yang tidak boleh diterbalikkan lagi.

 

Jika dilihat situasi politik di UK, parti pembangkang sedang berada dalam keadaan yang lemah dan berpecah. Ini mungkin salah satu faktor May dilihat agak yakin dalam memanggil pilihan raya umum lebih awal daripada tempoh perkhidmatan parlimen sekarang.

 

Sebelum May berucap GBPUSD telah susut dan mencatatkan harga terendah harian di 1.25141. Namun, semasa May berucap, GBPUSD melonjak dan hingga ulasan ini ditulis, GBPUSD telah mengukuh 190 pips daripada harga pembukaan 18/04/2017.

 

Perlu diingatkan jika May tidak memperoleh majoriti 2/3 di House of Commons esok bagi memanggil pilihan raya awal, Pound berpeluang melemah. Namun pelemahan ini mungkin terhad kerana pasaran sudah mula lebih banyak melihat nilai Pound kepada data berkala ekonomi. Sejak kerajaan May mengaktifkan nota Artikel 50 Perjanjian Lisbon, secara amnya data berkala ekonomi dan sentimen ekonomi adalah sangat baik daripada jangkaan secara keseluruhannya. Esok (19/04/2017) walau apa pun keputusan undian di House of Commons adalah memang dijangkakan High Volatility masih berterusan buat semua pasangan mata wang GBPXXX.

 

Secara teknikal GBPUSD pada ketika ulasan pasaran ini ditulis telah membuat satu Breakout di Trendline seperti rajah di bawah.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: