Theresa May Sah Melepaskan Jawatannya Pada 7 Jun, Apakah Kebuntuan Brexit Telah Berakhir?

Theresa May Sah Melepaskan Jawatannya Pada 7 Jun, Apakah Kebuntuan Brexit Telah Berakhir?

Perdana Menteri UK Theresa May pada hari Jumaat mengatakan bahawa beliau akan mengundur daripada jawatannya sebagai ketua parti pada 7 Jun hadapan, m

Pasaran WTI & Brent Berehat Daripada Meneruskan Kenaikan Menjelang Laporan Bekalan EIA
Rundingan BREXIT Ke-5 Berakhir Dengan Kebuntuan, GBP/USD Terjun Lebih 140 Pip

Perdana Menteri UK Theresa May pada hari Jumaat mengatakan bahawa beliau akan mengundur daripada jawatannya sebagai ketua parti pada 7 Jun hadapan, membuka laluan kepada ketua yang baru untuk memecahkan kebuntuan isu peralihan UK daripada Kesatuan Eropah.

Jelas beliau, “Kini jelas kepada saya kepentingan negara adalah untuk perdana menteri yang baru mengemudi usaha ini. Jadi saya pada hari ini mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai ketua parti Konservatif dan Kesatuan pada hari Jumaat, 7 Jun hadapan”.

Pound pulih dengan pengumuman May tersebut, keluar daripada paras terendah 1.2653 dan didagang pada zon positif sekitar 1.2690, kekal dengan peningkatan hampir 40 pips setakat jam 7 petang.

Pergerakan bullish walau bagaimanapun terhad berikutan pasaran telah menjangkakan keputusan tersebut.

Pound masih ditekan oleh ketidaktentuan politik yang bergerak selari dengan keputusan May di atas, termasuk kemungkinan pelantikan Boris Johnson sebagai pengganti.

Pemilihan Borish Johnson sebagai ketua yang baru dan terkenal sebagai pendukung kuat ‘hard Brexit’ dilihat akan meningkatkan lagi potensi UK untuk keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian.

Secara teknikal, trend masih menurun, namun harga 1.2685 dilihat menjadi garisan support sementara untuk GBP/USD mengekalkan ‘correction’ yang terbentuk.

Manakala 1.2650 pula merupakan support signifikan yang akan menghalang penurunan intraday GBP/USD pada hari ini.

Namun begitu, jika harga tersebut berjaya dipecahkan, GBP/USD berpotensi untuk terus jatuh menguji paras terendah empat bulan yang lalu sekitar 1.2605

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: