Terjunan 100 Pips USD/CAD Terhenti, Penambahan 10x Ganda Pekerjaan Kanada Belum Mampu Mengubah Dovish BoC

Terjunan 100 Pips USD/CAD Terhenti, Penambahan 10x Ganda Pekerjaan Kanada Belum Mampu Mengubah Dovish BoC

Pada hari Jumaat yang lepas, Kanada telah melaporkan penambahan 106,500 pekerjaan ke dalam ekonomi bagi bulan April, 10 kali ganda lebih daripada yan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat Melancarkan Siasatan Terhadap Bitcoin.
AUDUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/06-22/06/2018

Pada hari Jumaat yang lepas, Kanada telah melaporkan penambahan 106,500 pekerjaan ke dalam ekonomi bagi bulan April, 10 kali ganda lebih daripada yang dijangkakan.

Angka tersebut telah membenam USD/CAD lebih 100 pips ke paras 1.3378 sejurus laporan dikeluarkan.

Namun begitu, kehangatan perang perdagangan AS-China telah menghadkan pergerakan bullish loonie (CAD) berikutan spekulasi yang mengisyaratkan impak yang negatif daripada penambahan tarif baru tersebut.

Walaupun laporan pekerjaan Kanada dilihat menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Pusat Kanada (BoC), akan tetapi satu laporan sahaja tidak akan mengubah 100% pendirian mereka.

Angka pertumbuhan GDP Q1 yang lemah serta halangan daripada beberapa data makro yang lain akan terus mendorong BoC untuk kekal dengan pandangan dovish.

Dua faktor di atas telah menyebabkan pemindahan kepada matawang safe haven seperti yen dan dollar terus menjadi pilihan, sekali gus mengeluarkan USD/CAD daripada paras terendah mingguan dan tutup sekitar harga 1.3442 pada minggu lalu.

Pasaran masih optimis dengan outlook bagi tempoh masa yang lebih panjang, namun untuk dagangan bagi jangka masa yang pendek, persoalan mengenai ‘ya’ atau ‘tidak’ tentang tarif telah pun terjawab dan fokus pasaran kembali tertumpu kepada data-data makro yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: