Terjunan 100 Pips GBP/USD Terhenti, Menantikan Reaksi Pasaran Terhadap Data CPI UK

Terjunan 100 Pips GBP/USD Terhenti, Menantikan Reaksi Pasaran Terhadap Data CPI UK

Pasangan matawang GBP/USD pada hari Selasa lalu berhadapan dengan penjualan yang besar sehingga menekan harga ke paras terendah 27 bulan yang lalu, d

Politik UK+Brexit = (-)GBP?
Ulasan Pound Pembukaan Bulan Oktober

Pasangan matawang GBP/USD pada hari Selasa lalu berhadapan dengan penjualan yang besar sehingga menekan harga ke paras terendah 27 bulan yang lalu, didorong oleh ketidaktentuan Brexit.

GBP/USD menyusut lebih 100 pips daripada paras 1.2520, kini didagang sekitar 1.2387 setakat jam 2.50 petang.

Para pelabur pound dilihat mengenepikan telah data pekerjaan UK yang baik dengan kadar pengangguran kekal di paras terendah 45 tahun yang lalu, sementara pertumbuhan pendapatan bergerak lebih pantas daripada jangkaan.

Sentimen semakin melemah apabila kedua-dua calon PM UK yang baru Boris Johnson dan Jeremy Hunt mengumumkan perjanjian backstop Irish telah tiada, dan mereka akan mengeluarkannya daripada rundingan terbaru bersama EU.

Selain itu, permintaan dollar yang melonjak dengan dorongan data jualan runcit AS yang lebih baik turut menjadi faktor kepada penurunan GBP/USD ke paras terendah April 2017.

Makro ekonomi AS yang kukuh mengembalikan kekuatan terhadap jangkaan pelonggaran dasar Fed yang lebih agresif pada bulan Julai.

Hal ini dapat dilihat daripada peningkatan hasil bon AS sehingga menolak naik nilai greenback pada hari Selasa.

Momentum bearish walau bagaimanapun telah pudar pada hari ini dengan fokus tertumpu kepada angka terbaru inflasi pengguna (CPI) UK.

Namun begitu, selepas mengalami terjunan mendadak, isu Brexit dijangka akan menyelubungi reaksi jangka masa pendek pelabur GBP terhadap data inflasi yang akan dikeluarkan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: