Terhimpit Dengan Lonjakan Dollar, EUR & GBP Tiada Harapan Untuk Pulih?

Terhimpit Dengan Lonjakan Dollar, EUR & GBP Tiada Harapan Untuk Pulih?

Lonjakan dollar pada hari Khamis lalu telah membenam kesemua matawang utama yang lain dan pound, euro serta aussie adalah antara matawang yang mereko

GBP/USD Meroket Lagi, Apakah Peluang Membeli Masih Terbuka?
Dollar AS Stabil Menjelang FOMC Awal Pagi Esok

Lonjakan dollar pada hari Khamis lalu telah membenam kesemua matawang utama yang lain dan pound, euro serta aussie adalah antara matawang yang merekodkan prestasi terburuk.

Desakan untuk PM UK Theresa May meletakkan jawatan menjadi pendorong utama kepada penguduran pound sepanjang minggu ini.

Walau bagaimanapun, selepas sesi rundingan Brexit semalam, May tegas menyatakan bahawa beliau akan kekal dengan jawatannya sehingga Parlimen meluluskan bill peralihan yang baru.

Rang undang-undang ini akan dibentang dan diundi semula pada bulan hadapan , namun sehingga hari ini May masih belum memperoleh sokongan yang cukup untuk meluluskannya.

Tiada tolakan menaik atau pemulihan kepada GBP bagi jangka masa yang terdekat berikutan kelemahan pertumbuhan gaji serta peningtakan tuntutan insuran pengangguran turut membimbangkan para pelabur UK.

EUR/USD pula jatuh ke paras terendah tujuh hari yang lalu. Walaupun kerugian lebih kecil berbanding GPB dan AUD, namun pergerakan tetap signifikan dan menunjukkan penolakan yang jelas di garisan resistance 50-hari SMA.

Pasangan matawang ini gagal menembusi paras 1.1250 selepas menguji sebanyak tiga kali sepanjang tempoh tiga minggu yang lalu.

Kejatuhan EUR/USD pada minggu ini telah mengesahkan bahawa downtred masih menguasai dan berpotensi menolak harga jatuh ke paras 1.11

Secara fundamental, walaupun industri auto Eropah berjaya mengelak daripada penambahan tarif AS buat sementara waktu, namun sukar untuk Jerman mengekalkan pemulihan sekiranya ekonomi China terus bergerak perlahan.

Oleh itu, ketika mengumumkan butiran baru mengenai program TLTRO pada bulan hadapan, ECB dijangka turut menyuarakan janji dan tindakan yang akan diambil jika ekonomi Eropah terus bergerak perlahan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: