Tekanan Perang Di Syria Memberi Kesan Negatif Kepada Harga Minyak Mentah.

Tekanan Perang Di Syria Memberi Kesan Negatif Kepada Harga Minyak Mentah.

Isnin, harga minyak mentah susut 1% sewaktu pasaran dibuka awal pagi sesi Asia berikutkan serangan udara yang dilancarkan di barat Syria pada penghuju

Adakah Minit ECB Dapat Hentikan Kerugian Berturut-turut EUR?
Yen Tertekan Dengan Perkembangan Positif Sidang Kemuncak AS-Korea Utara

Isnin, harga minyak mentah susut 1% sewaktu pasaran dibuka awal pagi sesi Asia berikutkan serangan udara yang dilancarkan di barat Syria pada penghujung minggu, perningkatan dalam simpanan AS untuk jumlah pengeluaran baru juga meningkat sekaligus mempengaruhi harga minyak mentah.

Pada hari Sabtu, AS, Perancis dan Britain melancarkan 105 peluru berpandu menyasarkan 3 fasaliti yang disyaki sebagai kilang senjata kimia di Syria sebagai tindak balas keatas serangan gas beracun yang berlaku di Douma pada 7 April.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada $ 71.85 setong pada 0547 GMT, turun 73 sen, atau 1 peratus, dari penutupan terakhir mereka.

Sementara itu Niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh 57 sen, atau 0.9 peratus, didagangkan pada $ 66.82 setong.

Para pelabur berkata pasaran Asia akan lebih berhati-hati selepas serangan pada hujung minggu namun berasa lega selepas langkah itu dilihat tidak akam meningkat.

Pasaran minyak juga mengalami tekanan daripada kenaikan dalam aktiviti penggerudian minyak A.S

Pada hari Jumaat, firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes berkata syarikat pengerudian AS menambah 7 pelantar aktif terbaru dalam masa seminggu menjelang 13 April sekaligus menjadikan jumlah pelantar aktif meningkat kepada 815 menjadikan ia jumlah terbanyak  sejak Mac 2015.

Walaupun begitu, Brent masih meningkat lebih daripada 16 peratus pada tahun 2018 , disebabkan oleh permintaan yang sihat dan juga kerana konflik dan ketegangan di Timur Tengah.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: