Tekanan Inflasi Yang Tinggi, Ekonomi UK Bergerak Perlahan

Tekanan Inflasi Yang Tinggi, Ekonomi UK Bergerak Perlahan

Ekonomi Britian kekal perlahan pada suku tahun ketiga, namun tekanan harga terus meningkat. Berdasarkan kaji selidik perniagaan, hal ini akan menjadi

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017
UK Mungkin Berhadapan “Yuran Baharu” Brexit 100 Billion Euro

Ekonomi Britian kekal perlahan pada suku tahun ketiga, namun tekanan harga terus meningkat. Berdasarkan kaji selidik perniagaan, hal ini akan menjadi faktor untuk Bank Pusat England (BoE) kekalkan pendirian menaikkan kadar faedah.

Data Indeks PMI UK oleh IHS Markit minggu ini menunjukkan kebimbangan sektor perniagaan terhadap unjuran masa hadapan ekonomi UK berikutan peralihan Britian daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak menunjukkan perkembangan yang positif pada hubungan perdagangan di masa hadapan.

Bacaan PMI perkhidmatan UK bagi bulan September yang dikeluarkan jam 4.30 petang tadi menunjukkan peningkatan berbanding bulan Ogos, mengimbangi bacaan yang lemah indsutri pembuatan dan pembinaan yang dikeluarkan pada hari Selasa dan Rabu yang lalu.

IHS Markit berkata, jika digabungkan ketiga-tiga sektor (perkhidmatan, pembuatan, pembinaan), GDP Britian dilihat berkembang pada kadar 0.3% bagi suku tahun ketiga (Julai – September), kadar yang sama seperti suku tahun kedua.

PMI perkhidmatan UK meningkat pada 53.6 bagi bulan September, lebih tinggi bacaan 53.2 pada bulan lepas.

Walaupun terdapat kemajuan pada bacaan, pertumbuhan syarikat di UK tetap perlahan berbanding dengan zon eropah. Antara faktor yang membimbangkan adalah pesanan baru naik pada kadar yang perlahan sejak bulan Ogos tahun lepas dan tekanan inflasi meningkat sejak beberapa bulan lalu, mengurangkan keyakinan pengguna dan pengeluar.

Ekonomi UK secara keseluruhannya berjaya bertahan daripada kesan undian Brexit pada Jun 2016. Namun, pertumbuhan ekonomi mula bergerak perlahan tahun ini disebabkan oleh peningkatan inflasi yang mendadak, menghimpit kuasa membeli setiap isi rumah.

Kos operasi syarikat perkhidmatan telah meningkat laju sejak Februari, dan mereka turut menaikkan harga jualan dengan cepat dalam tempoh 5 bulan, menunjukkan inflasi boleh melepasi paras 3 peratus dalam beberapa bulan lagi.

“Tekanan harga yang meningkat akan menambahkan lagi jangkaan BoE untuk meneruskan retorik hawkish mereka termasuk peningkatan kadar faedah,” kata Ketua Ekonomi IHS Markit, Chris William.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: