Tapering ON Atau OFF, Ucapan ECB Draghi Jadi Tumpuan Malam Ini

Tapering ON Atau OFF, Ucapan ECB Draghi Jadi Tumpuan Malam Ini

Mario Draghi, Presiden Bank Pusat Eropah bakal berucap tentang polisi kewangan ECB di dalam sidang akhbar pada malam ini sekitar jam 8.30 malam. Sebel

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/09-08/09/2017
Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 29/05-02/06/2017

Mario Draghi, Presiden Bank Pusat Eropah bakal berucap tentang polisi kewangan ECB di dalam sidang akhbar pada malam ini sekitar jam 8.30 malam. Sebelum itu, pada jam 7.45 malam kadar faedah ECB akan diumumkan bersama dengan kadar deposit ECB.

Tiada sebarang perubahan dijangkakan akan berlaku kepada kadar faedah dan deposit ECB. Pasaran akan lebih tertumpu pada ucapan dan kenyataan Draghi selepas itu bagi mendapatkan sebarang bayangan jika ECB bersedia untuk melakukan pengurangan ‘pelonggaran kuantitatif’ atau ‘quantitative easing (QE)’ di dalam polisi stimulus kewangan mereka.

Tatkala ramai menjangkakan “tapering ON”, Draghi mungkin sahaja akan melakukan apa yang kebiasaan beliau lakukan, dovish. Kekuatan EUR pada ketika ini bakal membawa ECB jauh dari sasaran inflasi mereka, jika ditambah dengan tapering tanpa indikasi jelas ekonomi telah pulih, ia akan membawa lebih kepada keburukan.

Sumber tenaga yang murah terutamanya minyak, tidak banyak membantu untuk harga pengguna meningkat dengan drastik. Ini memperlihatkan kepada masih adanya lagi ruang untuk melanjutkan QE sehingga 2019, namun dengan pembelian jumlah aset yang dikurangkan. Ianya lebih kepada ‘extending’ dan ‘tapering’ pada masa yang sama bukan sekadar hanya ‘tapering’.

Saya memilih untuk ‘tapering off’ dengan pendirian neutral atau dovish daripada Draghi untuk melakukan short pada EUR.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: