Tajuk Berita Di Bulan Februari Meresahkan, Apakah USD Terus Menjadi Pilihan?

Tajuk Berita Di Bulan Februari Meresahkan, Apakah USD Terus Menjadi Pilihan?

Banyak berita-berita menjadi tumpuan akan diterbitkan pada bulan Februari. Namun begitu, para pelabur bimbang jika laporan tersebut lebih membawa

Trump: Kerajaan Akan Terus Ditutup Sehingga Dana Tembok Sempadan AS-Mexico Diluluskan
Tempahan Durable Goods AS Hambar Pada bulan September

Banyak berita-berita menjadi tumpuan akan diterbitkan pada bulan Februari.

Namun begitu, para pelabur bimbang jika laporan tersebut lebih membawa kepada keresahan berbanding kelegaan, sekali gus meningkatkan permintaan dollar sepanjag minggu lalu sebagai pilihan safe haven.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback naik 1.11%,ke paras 96.64 mata sepanjang minggu lepas.

PM UK Theresa May perlu mengumumkan kemajuan yang signifikan di dalam rundingan Brexit di hadapan Parlimen pada 13 Februari atau kerajaan akan membentangkan satu tindakan baru yang membenarkan penguasaan yang lebih besar ke atas ahli parlimen terhadap proses Brexit.

Pendanaan sebahagian kerajaan AS bakal tamat pada 15 Februari dan bill pembiayaan yang baru perlu disepakati oleh parti Republik dan Demokrat kemudian perlu ditandatangani oleh Trump bagi mengelakkan berlakunya penutupan semula kerajaan.

Selain itu, Jabatan Perdagangan AS juga bakal menerbitkan laporan berkenaan industri automotif pada 17 Februari dimana akan diketengahkan cadangan tariff ke atas kenderaan Eropah.

AS dan China pula hanya mempunyai kurang daripada tiga minggu untuk mencapai persetujuan sebelum tarikh penangguhan ke atas tariff tamat pada 1 Mac hadapan.

Akan tetapi, rundingan kelihatan tidak berjalan lancar selepas Presiden Trumpmengatakan bahawa beliau tidak akan bertemu dengan Presiden Xi Jinping sebelum tarikh tersebut.

Walau bagaimanapun, kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan perunding perdagangan Robert Lightizer telah bergerak ke Beijing untuk sesi rundingan seterusnya.

Menurut laporan CNBC pada hari Jumaat lalu, tarikh tamat 1 Mac mungkin dapat ditangguhkan menerusi ‘panggilan telefon’.

Ekonomi AS adalah fokus utama pada minggu ini dengan barisan laporan seperti CPI, jualan runcit indeks pembuatan NY dan juga indeks sentimen pengguna Universiti Michingan.

Jika kebanyakkan data di atas merosot, saham akan terus dijual sementara USD/JPY berpotensi jatuh lebih rendah daripada 109.

Kejutan positif pula mengisyaratkan kestabilan yang mana mampu dicapai akibat pemulihan pasaran minyak serta perbelanjaan akhir tahun yang lalu, sekali gus akan memberi sebab kepada pelabur untuk terus membeli dollar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: