Sudut Pandang Jangka Pendek: Pound Sterling Kukuh

Sejak tiga minggu lalu, Pound Sterling mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dunia. Secara tepat bermula 16 Ogos data-data berkala daripada N

Pertumbuhan KDNK Jepun Meningkat, Yen Kekal Stabil
Penjualan Rumah di AS Meningkat ke Paras Tertinggi 9-Tahun

Sejak tiga minggu lalu, Pound Sterling mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dunia. Secara tepat bermula 16 Ogos data-data berkala daripada Negara Union Jack itu nampak lebih menyebelahi UK.

Bermula diniagakan pada paras terendah 4 minggu pada 15 Ogos pada paras 1.28649 berbanding Dolar Amerika, dan semalam mencatat harga tertinggi sebulan pada 1.34441. Manakala berbanding Yen Jepun, Pound mula melonjak daripada paras 129.078 dan mencatat harga tertinggi sebulan pada harga 138.822 pada tarikh 02 September.

 

Semalam pada jam 9.15 malam waktu Malaysia, Gabenor BOE, Carney berserta  beberapa ahli MPC telah membentangkan laporan inflasi dan menjawab persoalan berkaitan pandangan hadapan ekonomi UK di hadapan Parliment’s Tresury Comittee . Laporan inflasi itu telah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

 

Antara inti pati testimoni Carney dan pasukan MPC adalah
1) Pakej rangsangan ekonomi masih mengikut jadual dan rancangan
2) BOE akan cuba melakukan apa sahaja bagi mencapai sasaran inflasi BOE
3) Tanpa rangsangan ekonomi kadar pengangguran dijangka meningkat
4) Terdapat kemungkinan lebih rangsangan ekonomi diperlukan di masa hadapan
5) Terdapat sedikit bukti keputusan untuk brexit menjejaskan sedikit sektor pelaburan
6) BOE menjangkakan pertumbuhan ekonomi secara sederhana pada setengah tahun kedua 2016
7) Data berkala ekonomi terkini menggambarkan ekonomi UK lebih kuat dari jangkaan BOE
8) BOE tidak teragak-agak membuat satu lagi potongan kadar faedah jika diperlukan
9) Kesan rangsangan ekonomi sudah mula dilihat kepada pemulihan ekonomi UK
10) Keyakinan terhadap pemulihan ekonomi UK semakin bertambah
Dengan testimoni Carney dan pasukannya di hadapan Parliment’s Tresury Comittee, dapat disimpulkan bahawa keputusan-keputusan BOE telah mengurangkan risiko kemelesetan ekonomi UK. Daripada data-data berkala yang lebih baik daripada UK sejak akhir-akhir ini terdapat bayangan awal bahawa institusi kewangan UK telah berjaya mengharungi kejutan rakyat UK yang memilih untuk keluar daripada blok ekonomi Kesatuan Eropah, EU.

 

Pada sudut pandang jangka pendek, sehingga Perdana Menteri UK mengaktifkan Artikel 50 bagi UK benar-benar keluar EU, dijangkakan Pound akan terus mengukuh berdasarkan data-data berkala ekonominya dan laporan Carney semalam.

 

Cadangan saya lakukanlah belian dalam dagangan bagi GBPXXX pada mana-mana harga terendah, dan lakukan jualan dalam dagangan bagi XXXBGP pada mana-mana harga tertinggi mengikut analisa teknikal masing-masing. Susutan Pound pada semalam apabila data Manufacturing Production m/m dikeluarkan, secara teknikalnya merupakan pembetulan pasaran bagi pengukuhan Pound sejak hampir 4 minggu lalu.
Wallahuallam..

 

Mohd Fahmi Amdan

 

Penafian: Ini hanyalah pendapat penulis. Ianya tidak menggambarkan pendapat umum dan tidak akan menggambarkan harga di masa akan datang. Semua harga mata wang diambil di XM mt4

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: