Spekulasi Pendekatan Fed Yang Lebih Agresif Kembali Hangat, Indeks USD Susut Ke Paras Terendah Minggu Lalu

Spekulasi Pendekatan Fed Yang Lebih Agresif Kembali Hangat, Indeks USD Susut Ke Paras Terendah Minggu Lalu

Selepas jatuh ke paras terendah minggu lalu, indeks USD di awal sesi dagangan Asia hari Jumaat pulih ke paras 96.84. Tekanan bearish ke atas green

Boris Johnson Dinobatkan Sebagai PM UK Yang Baru, GBP/USD Mendatar Berhampiran Paras Terendah
Pengesahan Jawatan Powell Bakal Menentukan Nasib USD

Selepas jatuh ke paras terendah minggu lalu, indeks USD di awal sesi dagangan Asia hari Jumaat pulih ke paras 96.84.

Tekanan bearish ke atas greenback pada hari Khamis yang lalu dipandu oleh kenyataan Presiden Fed NY John Williams dan Timbalan Pengerusi Fed Richard Clarida.

Kedua-dua ahli FOMC di atas menyatakan keperluan untuk bank pusat bertindak ‘pantas’, sekali gus mengembalikan spekulasi pelabur untuk melihat pemotongan 50 mata asas atau 0.50% kadar faedah pada mesyuarat dasar 31 Julai hadapan.

Walau bagaimanapun, pihak Fed New York cuba melemahkan kehangatan spekulasi ‘rate cut’ yang lebih agresif dengan menyebut bahawa komen yang dikeluarkan oleh William tidak mengisyaratkan outlook polisi kewangan di masa hadapan.

Pemulihan kecil USD di awal sesi dagangan hari ini turut mengurangkan tekanan ke atas sentimen risiko dengan hasil bon 10-tahun AS kekal mendatar sekitar paras 2.04%

Secara teknikal, garisan EMA 21-hari (96.95) dan 50-hari (97.05) dilihat akan menghadkan kebangkitan dollar dengan paras 97.50 (trend line bulanan) menjadi zon resistance utama.

Support terhampir pula berada di paras 96.45 dan penembusan melebihi paras terendah bulan Jun sekitar 95.80 dilihat akan mengukuhkan lagi momentum penjualan dollar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: