Skandal Politik Jepun Tingkatan Permintaan Safe Haven Yen

Skandal Politik Jepun Tingkatan Permintaan Safe Haven Yen

Skandal politk yang melanda Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkenaan penjualan tanah negeri pada harga yang rendah telah memarakkan semula sentimen

AUD/USD Hadapi Cabaran Untuk Terus Maju Ke Paras Lebih Tinggi
Preview News Penting Buat EUR & USD: 27/07/2018

Skandal politk yang melanda Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkenaan penjualan tanah negeri pada harga yang rendah telah memarakkan semula sentimen risk-off di dalam pasaran.

Selain itu, Taro Aso berdepan dengan isu peletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan Jepun kerana dikhabarkan turut terlibat dalam isu tersebut. Perkara ini telah mengakibatkan ketidaktentuan politik di Jepun, sekali gus meningkatkan permintaan matawang safe haven seperti Yen.

Yen mengukuh berbanding kesemua matawang utama yang lain pada sesi pasaran hari Isnin yang lepas.

Walau bagaimanapun, sentimen risk-off kembali reda di sesi Asia hari Selasa dan tumpuan beralih kepada laporan ekonomi utama seperti bacaan indeks harga pengguna (CPI) AS yang akan dikeluarkan pada malam ini.

Berikut merupakan perubahan matawang utama lain berbanding Yen setakat jam 9.05 pagi:

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: