Sinar Safe Haven Yen Semakin Pudar, Menolak USD/JPY Naik Melebihi 50 Pips Untuk Kembali Ke Paras 109.00

Sinar Safe Haven Yen Semakin Pudar, Menolak USD/JPY Naik Melebihi 50 Pips Untuk Kembali Ke Paras 109.00

Pasangan matawang USD/JPY sehingga jam 4 petang telah memadam kerugian intraday apabila melonjak lebih 50 pips daripada paras terendah, kembali menca

Ekuiti Taiwan Terkawal Di Akhir Dagangan
EUR/USD: Harga $1.1370 Menjadi Zon Resistance Yang Kritikal

Pasangan matawang USD/JPY sehingga jam 4 petang telah memadam kerugian intraday apabila melonjak lebih 50 pips daripada paras terendah, kembali mencari momentum untuk bergerak melepasi harga 109.00

Antara faktor yang mendorong lonjakan ini adalah permintaan yen sebagai safe haven yang semakin melemah dengan komen-komen positif berkaitan isu perdagangan antara AS dan China.

Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan menyebut bahawa AS dan Beijing bersetuju untuk memansuhkan tarif-tarif yang telah dilaksanakan pada fasa-fasa perjanjian yang lain.

Ulasan diatas telah mematahkan spekulasi yang menyebut bahawa perjanjian fasa pertama berkemungkinan ditangguhkan sehingga bulan Disember, sekali gus mengubah keinginan risiko diperingkat global.

Selain itu, peningkatan pada hasil bon AS turut menjadi pendorong kepada pergerakan menaik USD/JPY sehingga membentuk lonjakan intraday yang lebih kukuh.

Bullish USD/JPY walau bagaimanapun dilihat masih terhalang disekitar zon pullback yang terbentuk pada hari Selasa yang lalu sekitar harga 109.25/30.

Para pelabur dilihat sedang menantikan pergerakan bullish yang lebih jelas melepasi swing high terdekat sebelum meletakkan posisi ‘long’ yang lebih signifikan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: