Simposium Jackson Hole : Yellen & Draghi Jadi Tumpuan

Simposium Jackson Hole : Yellen & Draghi Jadi Tumpuan

Kadar pengangguran semakin bertambah baik dan pertumbuhan ekonomi begitu solid, namun apa yang menghairankan kenaikan harga pengguna dan inflasi seaka

EUR vs Dollar, Kecenderungan Sentimen Politik Mempengaruhi Pasaran
Pilihanraya Jerman : Mampukah Merkel Kekal?

Kadar pengangguran semakin bertambah baik dan pertumbuhan ekonomi begitu solid, namun apa yang menghairankan kenaikan harga pengguna dan inflasi seakan tidak lagi bergerak seiringan membayangkan hubungan antara dua kompenen ini mungkin sudah tidak begitu sinonim.

Inflasi antara topik yang dijangka hangat diperbincangkan apabila simposium ini bermula pada 24 Ogos nanti dengan tema pada kali ini “Fostering a Dynamic Global Economy”. Yellen dijadualkan berucap pada sekitar jam 10 pagi dan Draghi pula pada jam 3 petang 25 Ogos 2017.

Simposium tahunan ini ditaja oleh Bank Rizab Persekutuan Kansas City sejak tahun 1978, dan diadakan di Jackson Hole, Wyoming, sejak tahun 1981. Simposium ini memberi tumpuan kepada isu ekonomi penting yang dihadapi ekonomi AS dan dunia. Simposium ini dihadiri oleh bank pusat, menteri kewangan, penganalisa ekonomi, pengamal akademik dan pemain pasaran.

Perjalanan simposium diikuti rapat oleh para peserta pasaran, kerana kenyataan yang tidak diduga semasa di simposium mempunyai potensi untuk mempengaruhi pasaran saham dan matawang global.

Ucapan Yellen yang menjadi tumpuan sudah tentulah mengenai normalisasi penyata imbangan yang dijangka berlaku pada September nanti, samada mahu memperjelaskan bayangan fed sepereti sebelum ini atau tidak. Kenaikan kadar faedah untuk sekali lagi pada tahun ini turut memberi fokus kepada isyarat dan pandangan beliau terhadap inflasi di dalam ucapan yang sama nanti.

ECB sedang berhadapan dengan desakan dan jangkaan untuk menghentikan program pembelian bond mereka, namun kenaikan EUR pada ketika ini sedikit melemahkan pemulihan ekonomi blok Eropah. Oleh itu, kemungkinan penghentian program stimulus mereka sedikit berkurang.

Dollar dan Euro dijangka akan tersangant ‘volatile’ pada hari ucapan kedua-dua ketua bank pusat ini.

Gabenor BOJ Kuroda masih belum pasti dan sementara Gabenor BOE Carney pula dikatakan tidak akan menghadiri simposium kali ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: