Sidang Kemuncak NATO: Trump ‘Mengamuk’ Di Jerman?

Sidang Kemuncak NATO: Trump ‘Mengamuk’ Di Jerman?

Trump memulakan lawatannya ke Eropah bagi menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels, Jerman dengan membawa me

Ulasan Pra NFP – Data Kolektif Sedikit Menyebelahi Dollar
Yuan China Terus Melonjak Dengan Kelemahan Dolar Amerika

Trump memulakan lawatannya ke Eropah bagi menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels, Jerman dengan membawa mesej amaran kepada semua sekutu NATO supaya membayar kos pembiayaan pertahanan yang telah dikeluarkan.

Amaran tersebut dikeluarkan oleh Trump ketika pesawat yang membawa beliau masih dalam perjalanan.

Pegawai kanan Kesatuan Eropah dilihat bertindak menyambut seruan tersebut dengan menggesa supaya Washington lebih menghormati sekutu-sekutu mereka.

Walaupun isu perdagangan bukannya agenda rasmi sidang kemuncak, namun ketua-ketua Eropah dijangka akan mengutarakan kebimbangan mereka dihadapan Trump berkenaan status hubungan perdagangan antara Eropah dengan AS.

Trump sebelum ini berjanji untuk terus melindungi industri AS daripada persaingan tidak sihat Kesatuan Eropah.

Berkata pada sidang media dihadapan wakil-wakil NATO yang lain, Trump mengecam Jerman tentang isu pemberian hasil minyak dan gas yang terlalu tinggi kepada Russia sehingga memberi pengaruh besar ke atas ekonomi mereka.

“Jerman sekarang dikawal oleh Russia. Mereka memperoleh antara 60%-70% hasil tenaga daripada Russia dan juga saluran paip yang baru”, jelas beliau sebelum mengkritik Berlin tentang kegagalan untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan.

Kesemua wakil 28 pemimpin anggota perikatan NATO berharap agar pertemuan 2 hari sidang kemuncak ini dapat berakhir dengan persetujuan terhadap isu merentas atlantik, terutama selepas beberapa kritikan yang dikeluarkan oleh Trump berhubung perbelanjaan pertahanan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: