Serangan Kota London : Bahang Brexit Mungkin Hanya Baru Bermula

Serangan Kota London : Bahang Brexit Mungkin Hanya Baru Bermula

Pernahkah anda menyaksikan filem 'London Has Fallen'? Hanya setelah setahun selepas kejadian berdarah pengeboman di Brussels Belgium, semalam ibu k

Tahap Keselamatan di UK Dipertingkatkan; Pound Stabil Buat Ketika Ini
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

Pernahkah anda menyaksikan filem ‘London Has Fallen’?

Hanya setelah setahun selepas kejadian berdarah pengeboman di Brussels Belgium, semalam ibu kota London pula menjadi sasaran. Empat orang telah terbunuh dalam kejadian tersebut yang telah mensasarkan Parlimen UK, turut terbunuh adalah penyerang tersebut.

Kurang daripada seminggu sebelum Theresa May mengemukakan Artikel 50 sebahagian proses pengunduran dari Kesatuan Eropah, serangan keganasan ini telah menambah lebih tekanan terhadap Britain dan ini mengingatkan betapa pentingnya kawalan sempadan dan keselamatan di Eropah – antara perkara penting yang harus diperhalusi oleh Britain dalam tempoh rundingan Brexit ini.

Minggu hadapan, 29 Mac 2017 maka akan bermulalah tempoh 2 tahun rundingan perunduran Britain daripada Kesatuan Eropah. Pelbagai ketidaktentuan dan sentimen berlegar semenjak referendum Brexit diadakan, sehingga kini Pound masih tidak mampu kembali stabil ke paras pra Brexit.

Secara keseluruhan petunjuk ekonomi UK berada pada tahap yang baik, pada minggu lepas indeks harga pengguna dilaporkan melebihi jangkaan dan itu menunjukkan ekonomi¬†berjalan dengan baik. Namun apa yang masih mengheret Pound untuk terus “lemas” adalah sentimen dan keyakinan pelabur di dalam pasaran.

Sebarang kenaikan Pound pasti akan berlakunya penjualan, dan itu berlaku hampir setiap kali matawang itu cuba bangkit apabila mendapat momentum daripada terbitan data ekonomi yang baik. Mungkinkah serangan di kota London, sebuah pusat tumpuan kewangan dunia itu adalah perbuatan sabotaj dan khianat untuk mengagalkan rundingan Brexit?

Wallahualam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: