‘Seller’ Kembali Kuasai EUR/USD, Tembusi Support 1.1700

‘Seller’ Kembali Kuasai EUR/USD, Tembusi Support 1.1700

Penguasaan pembeli EUR/USD semakin lemah apabila gagal mempertahankan garisan support psikologi 1.1700 selepas keputusan dasar dan sidang media Bank P

Preview News Penting Buat USD: 08/03/2019
USD Lemah : Cohn Diberi Kata Dua?

Penguasaan pembeli EUR/USD semakin lemah apabila gagal mempertahankan garisan support psikologi 1.1700 selepas keputusan dasar dan sidang media Bank Pusat Eropah dikeluarkan pada hari ini.

ECB mengekalkan 0.00% kadar faedah namun EUR melemah selepas Presiden ECB, Mario Draghi menjelaskan bahawa bank pusat tidak perlu mengubah ‘foward guidance’ semasa mereka.

Selain itu, Draghi turut menyuarakan keyakinan beliau terhadap tekanan inflasi yang dilihat akan mencapai sasaran bank pusat berikutan ketidaktentuan yang menyelebungi outlook inflasi semakin berkurangan.

Tambahan pula, optimis Trump terhadap pemulihan hubungan perdagangan AS dan Eropah mendapat reaksi positif pada sesi dagangan AS, meningkatkan hasil bon dan permintaan greenback.

Kehadiran risk-on mood di dalam pasaran telah memulihakan sentimen dollar dan dilihat tidak terpengaruh dengan kelemahan data-data ekonomi AS yang diterbitkan pada hari ini.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.35% ke paras 94.31 setakat jam 10.13 malam.

Kejatuhan mendadak euro telah menarik EUR/USD kembali ke zon negatif, susut 0.46% ke paras 1.1683, kerugian lebih 70 pips daripada paras tertinggi hari Khamis.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: