‘Sell’ AUD/USD Sekarang Adalah Langkah Terbaik?

‘Sell’ AUD/USD Sekarang Adalah Langkah Terbaik?

AUD/USD menjadi salah satu pasangan matawang yang akan diteliti berikutan beberapa faktor yang akan mendorong penurunan harga ke paras yang lebih rend

EUR/USD Gagal Menembusi 1.1810, Data Perumahan AS Jadi Tumpuan
Pasaran Minyak Kekal Meningkat 4 Minggu Berturut-turut

AUD/USD menjadi salah satu pasangan matawang yang akan diteliti berikutan beberapa faktor yang akan mendorong penurunan harga ke paras yang lebih rendah.

Pertama, hampir kesemua maklumat daripada laporan-laporan yang dikeluarkan menjelang pertemuan negara G20 hujung minggu ini menunjukkan AS semakin tegas ke atas dagangan China.

Walaupun pertemuan antara Presiden Trump dan Xi Jinping di Argentina dijangka dapat membentuk satu rangka perjanjian perdagangan yang baru, namun Trump menerusi wawancara bersama WSJ mengatakan Amerika tetap akan menguatkuasakan tambahan tarif ke atas barangan China.

Selain itu, ketua penasihat ekonomi AS turut menyuarakan kekecewaan terhadap siri-siri rundingan yang telah dilakukan sebelum ini.

Sebahagian penganalisis melihat kenyataan Trump ini hanya retorik politik bagi melemahkan jangkaan.

Walau bagaimanapun, komen beliau tetap menguatkan lagi kemungkinan untuk tidak berlaku sebarang perubahan yang besar pada mesyuarat G20 yang akan berlansung pada 30 November sehingga 1 Disember hadapan.

Kedua, Konflik perdagangan China turut memberi tekanan kepada outlook ekonomi rakan dagangan utama mereka iaitu Australia.

Matawang yuan China terlalu lemah dan telah mencecah $7.00 per dollar. Sebarang tekanan ke atas pertumbuhan akan meningkatkan potensi kerajaan China menurunkan nilai yuan ke paras yang lebih rendah.

Tindakan ini sekali gus akan melemahkan kuasa membeli pengimport-pengimport China dan meningkatkan permintaan eksport Australia.

Ketiga, harga besi telah jatuh mendadak beberapa hari yang lalu, dan pergerakan ini dilihat akan menarik bersama matawang Aussie (AUD).

Keempat adalah permintaan dollar sebagai pilihan safe haven yang terus meningkat dalam situasi risk-off walaupun masih dihimpit ketidaktentuan outlook dasar kewangan Fed bagi tahun 2019.

AUD/USD pada hari Selasa yang lalu telah jatuh ke paras terendah mingguan 0.7200 sebelum pulih dan kini didagang sekitar 0.7236 setakat jam 12.25 tengahhari.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: