Selepas 2 Tahun, Adakah Hari Ini “Last Call Brexit”?

Selepas 2 Tahun, Adakah Hari Ini “Last Call Brexit”?

Tanggal 29 Mac 2017, Parlimen dan Kerajaan UK secara rasminya telah memulakan prosiding pengunduran mereka secara rasmi dari blok Kesatuan Eropah mel

UK Mungkin Berhadapan “Yuran Baharu” Brexit 100 Billion Euro
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Tanggal 29 Mac 2017, Parlimen dan Kerajaan UK secara rasminya telah memulakan prosiding pengunduran mereka secara rasmi dari blok Kesatuan Eropah melalui Artikel 50. Dan selepas tempoh 2 tahun, pada hari ini, Parlimen UK bakal mengadakan undian buat kali ketiga bagi perjanjian pengunduran yang telah menetapkan 22 May sebagai tarikh rasmi keluarnya UK dari EU.

Perdana Menteri UK, Theresa May perlu mendapatkan sokongan majoriti terhadap perjanjian pengunduran beliau dan diluluskan di dalam Parlimen bagi proses Brexit yang lancar. Jika undian kali ini masih juga tidak menyebelahi beliau, situasi ‘no deal Brexit’ adalah sangat tinggi dan keadaan ini turut membuka peluang kepada berlakunya pilihanraya awal atau ‘snap election’.

Reuters melaporkan komen terbaharu daripada Peguam Negara Geoffrey Cox, yang mengatakan bahawa jika perjanjian pengunduran ini tidak berjaya diluluskan di Parlimen UK, penangguhan Brexit akan tamat pada 11 April. Pada masa yang sama, komen daripada parti DUP yang mengulangi pendirian mereka untuk tidak menyokong May telah menambahkan lagi ketidaktentuan di dalam pasaran.

Laporan data KDNK tahunan dan sukuan ke-4 UK yang diterbitkan pada jam 5.30 petang tadi telah memberikan sedikit “nafas” kepada Pound untuk tidak terus ditekan. KDNK tahunan UK meningkat sebanyak 0.1% kepada 1.4% berbanding sebelumnya iaitu pada 1.3%.

‘deal’ atau ‘no deal’, semuanya bergantung kepada keputusan undian pada malam ini jam 9.30 malam waktu tempatan. Pound berisiko untuk jatuh dengan teruk jika undian malam ini ditolak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: