Sejauh Manakah Dovish RBNZ Akan Membawa Bearish NZD/USD?

Sejauh Manakah Dovish RBNZ Akan Membawa Bearish NZD/USD?

Matawang kiwi (NZD) jatuh pada hari Khamis selepas Rizab Bank New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedah di paras terendah 1.75% untuk tempoh 2 tahun

HSBC Bank : Tiada Kenaikan Kadar Faedah Pada 2016?
Bimbang Dengan Lebihan Bekalan Atau Optimis Dengan Permintaan Yang Meningkat?

Matawang kiwi (NZD) jatuh pada hari Khamis selepas Rizab Bank New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedah di paras terendah 1.75% untuk tempoh 2 tahun lagi berikutan unjuran ekonomi yang lemah.

NZD/USD jatuh -1.26% atau lebih 80 pips kepada 0.6649 setakat jam 5.23 petang selepas Gabenor RBNZ, Adrian Orr berkata beliau terbuka untuk mengumumkan rate cut jika diperlukan.

Orr berkata, “Kami jangka untuk kekalkan kadar faedah (OCR) di paras yang sama sehingga tahun 2020, lebih lama daripada apa yang telah kami unjurankan pada kenyataan bulan Mei lalu”.

Tambah beliau, “Arah OCR seterusnya boleh jadi menaik atau menurun”.

Selain itu, RBNZ turut mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2018 didorong keyakinan perniagaan yang menurun, pasaran perumahan lemah serta risiko eksport New Zealand yang meningkat dengan konflik perdagangan yang sedang berlaku.

Menurut ahli ekonomi daripada IHS Markit, kejatuhan yuan sejak awal tahun ini disebabkan oleh rate hike yang dilaksanakan oleh Fed secara berterusan.

Kata beliau, “Selagi mana terdapat ketidaktentuan dan ketegangan perdagangan antara China dan AS, pasaran boleh menjangkakan penurunan jumlah dagangan antara kedua-dua negara tersebut”.

Kelamahan matawang ini turut meningkatkan permintaan dollar dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback naik 0.20% kepada 95.23

Momentum bearsih masih kuat dengan NZD/USD dijangka menguji garisan 0.6600 dan akan ke paras swing terendah 0.6570.

Resistance terhampir pula berada di paras 0.6700 dan zon supply berada sekitar 0.6745.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: