Saudi ‘Sponsor’ $2 Billion Kepada Bank Pusat Yaman

Saudi ‘Sponsor’ $2 Billion Kepada Bank Pusat Yaman

Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz mengarahkan pembayaran deposit sebanyak $2 billion dolar kepada bank pusat Yaman pada hari Rabu lalu supaya dapat me

Data Tenaga Kerja AS dan Kanada Jangkaan Positif, Fokus Pada Pasaran Peningkatan Kadar Faedah AS
EUR/USD Kekal Bearsih, Tembusi Support Penting $1.1800

Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz mengarahkan pembayaran deposit sebanyak $2 billion dolar kepada bank pusat Yaman pada hari Rabu lalu supaya dapat menyelamatkan nilai rial Yemeni.

Arahan tersebut dilaksanakan sehari selepas perdana menteri Yaman mengeluarkan pengumuman awam memohon dana bagi menaikkan semula nilai matawang rial dan membantu mangsa yang kelaparan di negara yang telah dilanda perang.

Kerjaan Saudi menyebut, “Transaksi ini bukanlah diberi dalam bentuk hutang, tetapi satu bentuk deposit kepada kerajaan Yaman yang sah dan tidak perlu di pulangkan kembali”.

Yaman telah terbahagi sejak perang saudara yang hampir masuk tahun ketiga di antara kerajaan yang diiktiraf oleh badan antarabangsa dan disokong oleh Riyadh yang berada di bahagian selatan, gerakan Houthi Iran yang menguasai utara termasuk bandar Sanaa.

Matawang rial Yemeni telah kehilangan hampir separuh nilai berbanding USD dan dengan inflasi harga yang mendadak telah menyebabkan komditi asas sukar dimiliki oleh kebanyakkan rakyat negara tersebut.

Pekerja awam yang berada di bahagian Selatan mengatakan bahawa hal ini adalah tindakan strategi yang akan memberi tekanan kepada gerakan Houthi di Utara berikutan hanya pekerja di Selatan akan menerima pembayaran gaji.

Menurut bandar pelabuhan Selatan Aden, bank pusat Yaman kini mengalami kesukaran untuk membayar gaji kepada sektor awam yang menjadi kebergantungan rakyat Yaman berikutan rizab yang semakin mengecil.

Konflik yang masuk hampir tiga tahun ini telah menyebabkan krisis ekonomi dan kemanusiaan di dalam negara. Penyakit maut “cholera epidemic” telah muncul di Yaman tahun lepas, dan UN berkata negara tersebut bakal menghadapi penyakit kekurangan makanan yang membawa kepada maut.

Perdan Menteri Yaman, Ahmed Obeid bin Daghr berkata, “Selamatkan rial (Yemeni) bermaksud menyelamatkan penduduk daripada kelaparan”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: