Safe Haven Yen & Swiss Franc Mengukuh Sepanjang Sesi Dagangan ‘Krismas’

Safe Haven Yen & Swiss Franc Mengukuh Sepanjang Sesi Dagangan ‘Krismas’

Dollar jatuh berbanding yen dan swiss franc pada sesi dagangan krismas yang lalu, didorong oleh tindakan para pelabur untuk keluar daripada memegang a

Minyak Mentah Merosot Pada Kenaikan Saham Minyak Amerika
Ulasan Pra Penyata Inflasi BOJ 21/09

Dollar jatuh berbanding yen dan swiss franc pada sesi dagangan krismas yang lalu, didorong oleh tindakan para pelabur untuk keluar daripada memegang aset-aset berisiko dalam keadaan sebahagian kerajaan AS sedang ditutup dan pertembungan antara White House dan Federal Reserve yang membimbangkan.

USD/JPY jatuh ke paras terendah bulan Ogos sekitar 110.00, sebelum pulih dan didagang di paras 110.27 pada jam 6.50 pagi hari Rabu.

Yen juga mengukuh berbanding pound dan euro dengan GBP/JPY turun ke paras terendah 16 bulan lalu sekitar 138.87 sebelum naik semula ke paras 139.71 sementara EUR/JPY pula jatuh ke paras terendah 4 bulan lalu di paras 125.36

Permintaan safe haven Yen dijangka terus meningkat pada hari Rabu dengan pasaran London dan New York masih ditutup sempena sambutan Krismas.

Swiss franc (CHF) juga menguat berbanding dollar, naik 0.2% ke paras tertinggi 12 minggu lalu dan mengekalkan lonjakan 0.9% yang direkodkan pada hari Isnin, peningkatan terbesar dalam tempoh 11 bulan.

Saham AS pula jatuh melebihi 2 peratus sementara harga minyak menjunam lebih 6 peratus pada sesi dagangan separuh hari pada hari Isnin lalu, didorong oleh kebimbangan para pelabur terhadap konflik yang sedang melanda politik AS dan juga kelembapan yang bakal di hadapi oleh ekonomi global pada tahun hadapan.

Presiden AS Donal Trump meneruskan kritikan kepada Federal Reserve pada hari Isnin lalu, menggambarkan seolah-oleh mereka menjadi punca masalah kepada ekonomi AS.

Laporan ini dikeluarkan sehari selepas spekulasi yang mengatakan Trump akan memecat Pengerusi Fed Jerome Powell walaupun kemudian dinafikan oleh Steven Mnuchin, Setiausaha Perbendaharaan AS.

Namun sebahagian pelabur melihat jika spekulasi memecat Powell menjadi kenyataan, perkara ini akan menjejaskan Fed sebagai sebuah institusi bebas, sekali gus membenam keyakinan pelabur terhadap dollar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: