“Safe Haven” & KLCI Melonjak

“Safe Haven” & KLCI Melonjak

Keputusan Presiden Trump membatalkan perjumpaan kemuncak bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Jun nanti telah mencetuskan kembali ketegangan

XAU/USD Symmetrical Triangle
Dovish Hike? Peluang Emas Untuk Kembali Beraksi

Keputusan Presiden Trump membatalkan perjumpaan kemuncak bersama pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Jun nanti telah mencetuskan kembali ketegangan geopolitik antarabangsa dan sekaligus mendorong pelabur untuk beralih arah pada pemilikan selamat atau “Safe Haven”. Indeks “Fear & Greed” CNN Money walaubagaimanapun masih berada di tahap Neutral.

Situasi ini juga bakal menjejaskan rundingan perdagangan antara AS-China kerana Korea Utara adalah merupakan”rakan baik” kepada China. Pentadbiran Trump masih melihat pada kemungkinan untuk menaikkan tarif terhadap import auto dan alat ganti sebanyak 25%.

Indeks Nikkei menjunam ke paras 22,437 setelah pelabur meninggalkan aset berisiko dan mula membeli Yen ekoran kemungkinan kenaikan tarif import auto. Jepun yang terkenal dengan industri pembuatan auto berpotensi untuk terjejas akibat kenaikan tarif ini.

Logam bernilai terus membuktikan ia adalah jaguh kepada pemilikan aset selamat yang klasik apabila Emas kembali berada di atas paras $1300 menolak jatuh pasaran ekuiti dan saham utama AS dan Eropah.

Tidak seperti pasaran indeks yang lain, KLCI mengukuh 1.22% pada hari ini. 506 kaunter ditutup tinggi berbanding 397 kaunter lagi mengalami kerugian, manakala 407 kaunter diniagakan tidak berubah. Public Bank dan TNB masing-masing kukuh dengan kenaikan 56 sen dan 28 sen, manakala beberapa “heavyweight” yang lain turut merekodkan kenaikan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: