Rundingan Perdagangan Peringkat Tertinggi AS-China Bakal Berlangsung Dengan Latar Belakang Yang Mengelirukan

Rundingan Perdagangan Peringkat Tertinggi AS-China Bakal Berlangsung Dengan Latar Belakang Yang Mengelirukan

Rundingan perdagangan peringkat tertinggi antara AS dan China yang telah tergendala sejak dua bulan lalu dijadualkan berlangsung di Washington pada h

Presiden Fed Bullard: Isyarat Pasaran Terhadap Outlook, Bank Pusat Perlu Lebih Teliti
Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

Rundingan perdagangan peringkat tertinggi antara AS dan China yang telah tergendala sejak dua bulan lalu dijadualkan berlangsung di Washington pada hari ini.

Peluang untuk kedua-dua belah pihak menyelesaikan konflik perdagangan dengan pendekatan yang lebih komprehensif adalah nipis, menjadikan mesyuarat yang akan berlansung sehingga hari Sabtu ini sebagai perbincangan yang hanya akan mengurangkan kesan negatif ke atas sentimen.

Pasaran juga masih keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak menjelang rundingan pada hari ini dimana menurut Bloomberg, terdapatnya potensi dilakukan perjanjian sementara yang akan menangguhkan penambahan tarif AS.

Namun berbeza dengan laporan akhbar South China Morning Post dan Fox yang melihat tiada perjanjian akan digubal, malah menjangkakan pertemuan pada kali ini akan berakhir lebih awal daripada yang dijadualkan.

Saham ekuiti hanya memaparkan perubahan kecil dan Wall Street dijangka akan dibuka dengan mendatar sementara para pelabur dalam keadaan berjaga-jaga menantikan keputusan rundingan hari pertama pada malam ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: