Rundingan Perdagangan AS-China Berakhir Dengan Nada Yang Positif

Rundingan Perdagangan AS-China Berakhir Dengan Nada Yang Positif

Rundingan Perdagangan AS-China yang berlanjutan ke hari ketiga berakhir dengan nada yang positif, sekali gus membantu meneruskan pemulihan pasaran sah

Perkembangan Sektor Perkilangan AS Perlahan di bulan April
Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 31/05/2018

Rundingan Perdagangan AS-China yang berlanjutan ke hari ketiga berakhir dengan nada yang positif, sekali gus membantu meneruskan pemulihan pasaran saham ekuiti global pada hari Rabu.

Harapan pelabur agar ketegangan yang semakin reda dapat menurunkan impak negatif ke atas ekonomi global telah menolak saham Asia melonjak ke paras tertinggi tiga minggu lalu.

Selain itu, ekuiti Eropah turut mengikut jejak langkah yang sama, sementara futures ekuiti AS mengisyaratkan pembukaan yang positif di pasaran Wall Street hari ini.

Fokus kini beralih kepada minit mesyuarat FOMC bulan Disember yang akan diterbitkan pada jam 3 pagi Khamis.

Pada pertemuan yang lalu, Fed telah menaikkan kadar faedah buat kali keempat bagi tahun 2018, dan menurunkan unjuran jangkaan rate hike mereka kepada dua kali pada tahun ini.

Menjelang laporan tersebut, Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic, Presiden Fed Chicago Charles Evans dan Presiden Fed Boston Eric Rosengren dijadualkan berucapa di dalam beberapa acara yang berbeza.

Penampilan mereka akan dijadikan sebagai persediaan awal sebelum menerima ulasan terbaru Pengerusi Fed Jerome Powell yang dijadualkan berucap di hadapan Kelab Ekonomi Washington pada jam 1 pagi (Jumaat) waktu Malaysia.

Selain itu, isu penutupan sebahagian kerajaan AS yang telah memasuki hari yang ke-19 masih menjadi tumpuan.

Risk-on mood yang sedang mengusai pasaran telah mengurangkan permintaan dollar dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain, bergerak di dalam julat yang kecil, naik dan turun sekitar 95.70/90 setakat jam 8.10 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: