Rundingan BREXIT Ke-5 Berakhir Dengan Kebuntuan, GBP/USD Terjun Lebih 140 Pip

Rundingan BREXIT Ke-5 Berakhir Dengan Kebuntuan, GBP/USD Terjun Lebih 140 Pip

Dalam rundingan Brexit ke-5 antara Setiausaha Brexit UK, David Davis dan Ketua Perunding EU, Michel Barnier hari ini berakhir dengan kebuntuan selepas

Ringkasan Ucapan Brexit PM UK 17/01/2017
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/07-14/07/2017

Dalam rundingan Brexit ke-5 antara Setiausaha Brexit UK, David Davis dan Ketua Perunding EU, Michel Barnier hari ini berakhir dengan kebuntuan selepas Barneir mengatakan tiada kata sepakat yang berjaya dicapai tentang hak rakyat EU di UK selepas negara itu meningalkan blok kesatuan pada tahun 2019.

Davis mengatakan UK akan menyediakan satu sistem yang mudah bagi rakyat EU yang sudah menetap di UK untuk menuntut hak mereka, dan perjanjian Good Friday antara Republik dan Utara Ireland perlu dikekalkan dalam apa jua cara.

Namun rundingan ini tidak mencapai kata sepakat apabila UK terus membisu dengan jumlah pembayaran semula yang perlu kepada EU yang perlu mereka tetapkan sebelum keluar daripada kesatuan dua tahun lagi.

Wakil UK, David Davis juga berkata kerajaan Britian perlu bersedia dengan beberapa alternatif lain jika perjanjian ini tidak bejaya mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Tetapi Barnier memberi amaran “no deal would be a very bad deal”. Rundingan seterusnya dijangka akan dijalankan pada bulan Disember.

GBP/USD jatuh 140 pip daripada paras tertinggi hari ini, turut didorong oleh pengukuhan dolar selepas bacaan Indeks harga teras pengeluar (Core PPI) Amerika meningkat diluar jangkaan dan tuntutan pengangguran juga jatuh lebih rendah daripada jangkaan yang mana positif kepada ekonomi.

Hal ini memulihkan sedikit sentimen US dolar selepas dolar ditekan apabila kebanyakkan ahli mengutarakan kebimbangan terhadap pandangan inflasi yang semakin jauh daripada sasaran 2% bank pusat dalam minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

EUR/GBP juga naik 80 pip daripada paras terendah hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: