Risk On – Yen & Emas Berundur

Risk On – Yen & Emas Berundur

Instrumen "safe haven" mula ditinggalkan perlahan-lahan pada minggu ini apabila kelihatan Yen dan Emas mengalami tekanan jualan bermula semalam. Ini

XAU/USD Ended subwave (i) of 3
XAU/USD a.k.a Gold

Instrumen “safe haven” mula ditinggalkan perlahan-lahan pada minggu ini apabila kelihatan Yen dan Emas mengalami tekanan jualan bermula semalam. Ini berlaku sekalipun pada ketika ini, topik kemelesetan ekonomi sedang hangat diperbincangkan oleh pakar-pakar ekonomi AS.

Model berasaskan lengkungan pulangan (yield curve) dengan tepat telah meramalkan kesemua lima kemelesetan yang berlaku pada AS dalam sampel antara tahun 1970-1996 (iaitu kemungkinan kebarangkalian kemelesetan melebihi 50%) dan dengan tepat meramalkan kedua-dua kemelesetan yang berlaku dari sampel pada tahun 2001 dan 2008-2009 juga.

Semalam, Parlimen UK telah kembali mendapatkan kawalan ke atas Brexit daripada Perdana Menteri Theresa May and kini berpeluang untuk menentukan bagaimana Britain keluar dari Kesatuan Eropah. Ini secara langsung membuka ruang kepada kemungkinan berlakunya referendum kedua, mengekalkan UK di dalam blok Eropah, meninggalkan EU tanpa sebarang “perjanjian” dan juga membatalkan Brexit sama sekali!

Dengan ketiadaan katalis yang mampu untuk mengembalikan ‘mode’ ‘risk-off’ itu, fokus masih tetap tertumpu pada isu Brexit. Dolar AS dilihat sedikit senyap menjelang sesi pembukaan Eropah mungkin menanti laporan Keyakinan Pengguna pada sebelah malam nanti pula. Data Permit Bangunan turut akan sama diterbitkan sebelum itu dimana data pada bulan lalu telah dipinda kepada angka yang lebih baik.

Harga emas mungkin akan melakukan pembetulan pasaran dahulu setelah gagal untuk melepasi paras rintangan di 1323.00 untuk menguji paras sokongan di 1305.00 sebelum mencuba untuk menembusi paras rintangan yang sama untuk menuju ke paras 1341.00.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: