Risk Off Sentimen, Peluang Menjual NZD/USD Menjelang Keputusan Dasar RBNZ

Risk Off Sentimen, Peluang Menjual NZD/USD Menjelang Keputusan Dasar RBNZ

Hari Rabu merupakan giliran Rizab Bank New Zealand (RBNZ) untuk memutuskan dasar kewangan mereka yang terkini pada jam 10 pagi. Seperti RBA, RBNZ

Risiko Hasil Bon AS Mengurangkan Permintaan Dollar
Kelemahan Aktiviti Perkilangan China Mengelabui Rundingan Perdagangan AS-China Pada Hari Ini

Hari Rabu merupakan giliran Rizab Bank New Zealand (RBNZ) untuk memutuskan dasar kewangan mereka yang terkini pada jam 10 pagi.

Seperti RBA, RBNZ merupakan antara bank pusat utama yang paling dovish dalam kenyataan mereka yang lalu.

Mereka telah mengejutkan pasaran apabila mereka menyuarakan ekonomi lebih memerlukan rate cut berbanding rate hike.

Kemudian, RBNZ menjelaskan keperluan memotong kadar faedah adalah bagi mengimbangkan perubahan risiko yang semakin menurun berikutan sentimen perniagaan dan pertumbuhan global yang lemah.

Kini lebih, banyak faktor yang meningkatkan tekanan dan kebimbangan kepada pembuat dasar.

Sejak pertemuan mereka pada bulan Mac, perbelanjaan kredit semakin merosot, aktiviti pekerjaan, perkhidmatan, pembuatan dan pasaran perumahan semakin lemah.

Imbangan perdagangan naik lebih tinggi, namun ditutupi inflasi yang semakin rendah.

NZD/USD terpaksa berhadapan dengan kerugian harian terbesar selepas keputusan tersebut diumumkan dan berpotensi untuk meneruskan terjunan jika RBNZ mengesahkan bahawa dovish adalah pilihan dasar mereka.

Tambahan pula, data-data China yang akan dikeluarkan sejam selepas keputusan diumumkan mampu menambahkan lagi momentum ke atas pergerakan matawang komoditi seperti Kiwi (NZD).

Data-data terkini daripada China telah mengisyaratkan pemulihan terhadap ekonomi, oleh jika laporan pada hari ini lebih lemah daripada jangkaan, keadaan ini akan menambahkan lagi tekanan bearish ke atas matawang AUD dan NZD

Secara teknikal, NZD/USD masih di dalam trend menurun dan berisiko untuk turun menguji support penting di paras 0.6500.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: