Risk-off Menguasi Mood Pasaran, Kes Jangkitan Coronavirus Terbaru Terus Merebak Di Wilayah Hubei

Risk-off Menguasi Mood Pasaran, Kes Jangkitan Coronavirus Terbaru Terus Merebak Di Wilayah Hubei

Euro jatuh ke paras terendah dua tahun lalu berbanding dolar AS pada hari Khamis berikutan kebimbangan terhadap kes jangkitan coronavirus yang baru t

Risiko Perjanjian NAFTA Punca CAD Tersungkur
Harga Emas Menguat sedikit di Sesi Asia Setelah Melemah Tiga Hari Berturut-turut

Euro jatuh ke paras terendah dua tahun lalu berbanding dolar AS pada hari Khamis berikutan kebimbangan terhadap kes jangkitan coronavirus yang baru telah mengalihkan perhatian para kepada aset-aset AS.

Ekonomi Amerika Syarikat kekal dilihat sebagai negara paling selamat untuk dipindahkan dana pelaburan dalam keadaan wabak coronavirus Wuhan terus merebak di dalam wilayah Hubei China.

Dengan menggunakan kaedah diagnosis yang baru, jumlah jangkitan di wilayah Hubei pada hari kedua telah mencapai 4,823 kes dengan 116 kematian yang baru.

Selain itu, peningkatan 51,986 kes telah disahkan menjadikan 65,236 jumlah jangkitan di seluruh dunia dengan angka kematian mencapai 1,487 orang.

Greenback atau USD menjadi salah satu matawang yang mendapat manfaat menerusi ‘carry trade’ di mana para pelabur meminjam matawang dengan kadar faedah yang rendah seperti EUR untuk melabur di dalam dolar AS atau matawang yang mempunyai kadar faedah lebih tinggi.

Risk-off mood turut menekan pasaran saham dan meningkatkan aliran masuk matawang-matawang safe haven yang lain seperti Yen dan Swiss franc dengan USD/JPY turun 0.28% dan tutup sekitar 109.78 pada sesi yang lalu.

Walau bagaimanapun, jangkaan bahawa bank-bank pusat utama akan terus mengekalkan kadar faedah yang rendah mengurangkan risiko impak coronavirus ke atas ekonomi, sekali gus membantu mengurangkan kesan pnejualan mendadak pasaran saham.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: