Risiko Perjanjian NAFTA Punca CAD Tersungkur

Risiko Perjanjian NAFTA Punca CAD Tersungkur

Dollar Kanada merupakan salah satu matawang yang mempunyai fundemental paling kukuh, dengan harga minyak yang naik saban hari, laporan pekerjaan yang

US$5 Billion Dalam 15 Minit, Alibaba Pecah Rekod Jualan 11.11
Hanya Dengan Spekulasi, GBP/USD Meroket 160 Pips

Dollar Kanada merupakan salah satu matawang yang mempunyai fundemental paling kukuh, dengan harga minyak yang naik saban hari, laporan pekerjaan yang positif serta jangkaan rate hike akan dilaksanakan pada bulan ini.

Walau bagaimanapun, hala tuju pergerakan loonie (CAD) menunjukkan hal yang sebaliknya. Apakah perjanjian North American Free Trade Agreement (NAFTA) menjadi punca menghalang pengukuhan CAD?

Pada hari Khamis, pegawai kerajaan Kanada telah mengatakan bahawa Presiden Donald Trump mungkin akan memberi notis enam bulan sebelum keluar daripada NAFTA.

Walau bagaimanapun, hal ini dinafikan oleh White House. Hari ini Kanada sedang mempersiapkan rundingan yang baru berkaitan automotif, yang mana menjadi perkara paling utama dalam perjanjian tersebut.

USD/CAD dijangka akan terus bergerak dengan volatiliti yang tinggi menjelang rundingan NAFTA seterusnya pada 23-28 Januari di Montreal.

Hubungan perdagangan tiga hala antara AS, Kanada dan Mexico menghasilkan jumlah dagangan hampir $1 trillion setahun, dan angka ini antara perkara yang dipertaruhkan sekiranya perjanjian ini dibatalkan.

Selain itu, syarikat automotif utama seperti Ford Motor, Co. & General Motors turut terkesan berikutan syarikat-syarikat tersebut telah menyesuaikan rangkaian bekalan mereka menggunakan kelebihan daripada zon dagangan yang telah disediakan.

Pengkaji daripada Bank Mitsibushi UFJ-Tokyo (BTMU) berkata, “Fundemental semasa serta peningkatan harga minyak yang konsisten telah memandu harga USD/CAD untuk kekal di sekitar zon 1.20, namun sekiranya pasaran mula price in ke dalam premium berisiko tinggi NAFTA, hal ini memungkinkan USD/CAD naik semula ke paras 1.30″

USD/CAD kini didagang pada paras 1.2530, naik 0.10% pada jam 12.20 tengahhari.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: