Risiko Pasaran Yang Tinggi Membenam Pasaran Saham & Meningkatkan Aliran Safe Haven

Risiko Pasaran Yang Tinggi Membenam Pasaran Saham & Meningkatkan Aliran Safe Haven

Wall Street mengisyaratkan pembukaan yang rendah pada hari Khamis selepas kekecewaan data PMI daripada Jepun dan Eropah telah menarik jatuh bursa sek

Preview News Penting Buat EUR & USD: 26/08/2019
Data Ekonomi Hari Ini: Pedagang Dalam Mood Tunggu Dan Lihat

Wall Street mengisyaratkan pembukaan yang rendah pada hari Khamis selepas kekecewaan data PMI daripada Jepun dan Eropah telah menarik jatuh bursa sekali lagi ke paras terendah.

Tinjauan perniagaan di Eropah yang lemah telah menambahkan lagi kebimbangan ke atas kesan konflik perdagangan AS-China ke atas ekonomi global.

PMI Zon Eropah mengucup ke paras 47.7 mata pada bulan Mei dan indeks Iklim Perniagaan Ifo Jerman turut melemah, sekali gus menafikan harapan untuk melihat kelembapan di Eropah berakhir.

Tambahan pula, berdasarkan minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan awal pagi tadi, Fed dilihat masih mempunyai ruang untuk mengubah pendirian mereka kepada rate cut.

Pasaran tidak dapat mengeluarkan jangkaan rate cut walaupun Fed mengatakan bahawa mereka selesa dengan kadar semasa dan menjangkakan kelemahan inflasi pada awal tahun yang bersifat sementara.

Hal ini dapat diteliti menerusi pergerakan pasaran bon yang mana jangkaan dasar akan dilonggarkan telah menekan hasil bon 2-tahun AS susut 4 mata asas kepada 2.19%, paras terendah mingguan.

Selain faktor di atas, pilihan raya parlimen EU yang bermula hari ini turut mendorong menguatkan lagi risk-off sentimen di dalam pasaran.

Tekanan di atas bukan sahaja membenam pasaran saham, malah turut meningkatkan aliran masuk matawang safe haven seperti dollar, yen dan swiss franc.

Yen Jepun masih mendahului berbanding kesemua matawang yang lain, namun permintaan dollar turut meningkat dengan Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.20% kepada 98.22 mata setakat jam 6.20 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: