Ringgit Dijangka Bertambah Baik, Kadar Faedah BNM Hari Ini

Ringgit Dijangka Bertambah Baik, Kadar Faedah BNM Hari Ini

Ringgit didagangkan lemah berbanding Dollar pada minggu ini, apabila dilihat sedikit jatuh berbanding harga penutupan pada minggu lepas sekitar 4.337

Data CPI Jerman Gagal Menambah Data Kerja
Dibuka Menguat, Nikkei Kembali Melemah

Ringgit didagangkan lemah berbanding Dollar pada minggu ini, apabila dilihat sedikit jatuh berbanding harga penutupan pada minggu lepas sekitar 4.337 dan pada ketika artikel ini ditulis USD/MYR berada di paras 4.349.

Data ekonomi yang telah diterbitkan pada minggu ini hampir kesemuanya memberi indikasi baik terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, jualan runcit dan pengeluaran pembinaan merekodkan peningkatan yang sangat baik. Kadar feadah BNM pula bakal diterbitkan pada hari ini dengan jangkaan kadar faedah akan dikekalkan pada paras 3.00%

Nazir Razak, pengerusi CIMB Bank dalam komen beliau kepada CNBC semalam, melihat Ringgit berada dalam keadaan baik apabila ianya telah kembali semula kepada fundamentalnya. Beliau juga mengakui tindakan pantas BNM dalam mengawal dagangan Ringgit di pasaran luar pantai (offshore) dan mengawal selia semula transaksi perdagangan antarabangsa, dimana 75% matawang asing harus ditukar kepada Ringgit seperti sepatutnya.

Dollar mengalami kekurangan momentum pada minggu ini walaupun beberapa siri ucapan daripada ahli FED kedengaran ‘hawkish’ dan data tuntutan awal pengangguran juga kelihatan baik. Pada malam ini, data jualan runcit dan indeks harga pengguna AS akan diterbitkan pada jam 8.30 malam.

Data yang baik pada malam ini akan memberi lonjakan kepada Dollar pada ketika sentimen kenaikan kadar faedah pada Jun nanti sedang hangat diperkatakan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: