Retracement EUR/USD Terhad Di Paras 1.1350

Retracement EUR/USD Terhad Di Paras 1.1350

Tekanan penjualan kecil ke atas dollar kini telah membantu EUR/USD untuk keluar daripada paras terendah harian 1.1320 dan kembali positif menguji zon

Hawkish RBA Gagal Menyokong Pemulihan, Dapatkah AUD/USD Pecahkan Kebuntuan?
EUR/USD Dalam Mod Bertahan Menjelang Laporan PMI Perkhidmatan Jerman & Zon Eropah

Tekanan penjualan kecil ke atas dollar kini telah membantu EUR/USD untuk keluar daripada paras terendah harian 1.1320 dan kembali positif menguji zon 1.1350

Trend keinginan risiko kini kembali ditekan oleh kebimbangan konflik perdagangan AS dan China selepas Presiden Trump menafikan sebarang pertemuan bersama Xi Jinping sebelum tamatnya tarikh penangguhan tariff pada 1 Mac hadapan.

Selain itu, AS juga telah memberi amaran kepada EU tentang kemungkinan akan dikuatkuasakan tariff ke atas barangan auto mereka.

Sehingga jam 10.05 malam, greenback dilihat telah bertemu dengan garisan resistance yang kuat di paras 96.70 mata dan kini sedang mencari tapak untuk dipijak selepas merekodkan peningkatan enam hari berturut-turut.

Walaup bagaimanapun, fundamental negatif yang konsisten daripada Jerman serta unjuran daripada Suruhanjaya Eropah dimana pertumbuhan ekonomi dan inflasi diturunkan pada tahun ini menjadi faktor yang menghadkan peningkatan euro.

EUR/USD gagal menembusi resistance di parsa 1.1350 dan kini didagang sekitar 1.1347, mengekalkan peningkatan harian sekitar 0.06%

Secara teknikal, support terhampir berada di paras terendah harian 1.1322 (S1), 1.1290 (S2) dan 1.1270 (S3).

Manakala 1.1350 (R1) kekal menjadi resistace terdekat, kemudian di paras 1.1390 (R2) dan 1.1430 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: