Retracement EUR/USD Berakhir Di Paras 1.1330, Kembali Menguji Zon Support Utama

Retracement EUR/USD Berakhir Di Paras 1.1330, Kembali Menguji Zon Support Utama

Tekanan penjualan terus menimpa matawang tunggal euro sehingga menarik EUR/USD jatuh kembali ke bawah zon harga 1.1300 EUR/USD pada hari Rabu brej

EUR & GBP Akan Kekal ‘Bearish’ Pada Bulan Mac?
PMI Perkhidmatan UK November: Peluang dan Ruang di GBPUSD

Tekanan penjualan terus menimpa matawang tunggal euro sehingga menarik EUR/USD jatuh kembali ke bawah zon harga 1.1300

EUR/USD pada hari Rabu brejaya keluar daripada paras terendah tahunan dan didagang sekitar 1.1330, didorong oleh harapan untuk melihat hasil positif daripada rundingan perdagangan AS-China yang sedang berlangsung.

Momentum menaik yang terbentuk pada hari Rabu yang lalu walau bagaimanapun semakin pudar selepas AS melaporkan peningkatan melebihi jangkaan pada angka inflasi mereka bagi bulan Januari.

Harga pengguna yang diukur melalui CPI kekal tanpa perubahan pada bulan lalu, namun CPI Teras yang mengecualikan harga tenaga dan makanan kekal dengan kenaikan 0.2% (MoM) dan melonjak 2.2% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY).

Laporan tersebut bukan sahaja menamatkan pemulihan EUR/USD ke paras 1.1330, malah kini kembali menguji garisan support penting 1.1300, didagang sekitar 1.1296 dan susut 0.25% atau 28 pips setakat jam 11 malam.

Secara fundamental, ECB dan Suruhanjaya Eropah telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi dan inflasi mereka, mengakui bahawa kelembapan yang sedang berlaku mungkin akan berlangsung lebih lama daripada yang dijangkakan.

Tambahan pula, kebimbangan terhadap isu berkaitan politik menjelang pilihan raya Parlimen EU pada bulan May turut menjadi risiko yang perlu sentiasa diperhatikan.

Berdasarkan kenyataan terkini ECB, para pelabur terpaksa menangguhkan jangkaan waktu untuk bank pusat mengumumkan kitaran pengetatan mereka.

Secara teknikal, EUR/USD berpotensi turun menguji paras 1.1260 (S2) dan jika garisan ini berjaya ditembusi, tekanan bearish akan mensasarkan harga di paras 1.1215 (S3).

1.1360 (R1) pula menjadi resistance terdekat sebelum harga dapat terus mara ke paras 1.1385 (R2) dan 1.1415 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: