Requotes: Apa Perlu Anda Tahu?

Requotes: Apa Perlu Anda Tahu?

  Seorang pedagang mata wang tentunya akan mendengar perkataan Requotes atau mengalami sendiri situasi Requotes. Sepatutnya di tahun 2016 situ

Ringkasan Sidang Media ECB 08/12/2016
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017

 

Seorang pedagang mata wang tentunya akan mendengar perkataan Requotes atau mengalami sendiri situasi Requotes. Sepatutnya di tahun 2016 situasi Requotes ini tidak kerap berlaku. Requotes jika berlaku akan memberi impak besar kepada akaun dagangan anda serta emosi. Setuju?

 

Apa itu Requotes?

Requotes atau sebut harga semula adalah bilamana apabila kita ingin memasuki atau menutup posisi dalam pasaran secara Instant pada sesuatu harga, tetapi platform dagangan kita enggan membenarkan kita memasuki atau menutup posisi pada harga tersebut. Kita terpaksa mengulangi transaksi tersebut berulang kali sehingga berjaya. Secara mudah broker anda tidak bersedia untuk menawarkan anda harga yang anda minta kerana harga semasa sudah bergerak jauh daripada permintaan anda. Satu tetingkap akan keluar memberitahu bahawa harga yang ditawarkan kepada anda adalah harga yang bukan anda minta.

 

Mengapa Requotes berlaku?

Seperti dinyatakan di atas, Requotes berlaku apabila harga bergerak terlalu pantas. Lebih pantas ketika data berkala makroekonomi berimpak tinggi diterbitkan. Apabila harga bergerak terlalu pantas, kadangkala agak sukar broker memenuhi permintaan anda bagi memasuki atau keluar daripada posisi kecuali broker anda memiliki sistem yang pantas dan cekap. Di tahun 2016 ini hampir semua broker sentiasa mengemas kini sistem mereka mengikut teknologi semasa bagi menarik minat pedagang-pedagang mata wang menggunakan khidmat mereka.

 

Setiap pesanan dagangan pedagang, Broker akan menghantar ke Liquidity Provider, LP. LP yang memberikan kecairan dalam jual beli pedagang. LP ini boleh menurunkan harga, menaikkan harga, atau enggan menerima pesanan anda jika mereka mahu. Broker anda akan yang memberi amaran jika harga yang anda inginkan sudah tidak dapat ditawarkan kepada pedagang. Broker yang tidak jujur boleh menggunakan Requotes bagi mejana lebih keuntungan daripada kerugian pedagang. Untuk mengelakkan broker memanipulasi pesanan, pedagang hendaklah menggunakan broker yang dikawal selia oleh badan pemantau dan pelesenan yang baik.

 

Bagaimana melindungi diri anda daripada Requotes?

Requoetes merupakan hakikat dagangan dalam harga yang bergerak sangat pantas. Namun pedagang boleh memilih broker yang mempunyai Fast Execution atau masa pelaksanaan yang pantas. Fast Execution akan mengurangkan risiko Requotes berlaku. Selain itu satu lagi cara mengelakkan Requotes adalah dengan menggunakan Pending Oder. Apabila menggunakan Pending Oder, pedagang sebenarnya telah memberitahu broker bahawa hanya pada harga tersebut sahaja anda mahu berurus niaga.

 

Tetapi jika pedagang tidak dapat menutup atau menambah posisi sedia ada dalam pasaran apa pula? Bagaimana pula Slippage? Nantikan artikel akan datang.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Penafian: Ini hanyalah artikel UMUM berkenaan Requotes berdasarkan sumber-sumber dari internet.

 

tidak-bertajuk

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: