Reaksi Bisu Walaupun Penambahan Tarif Dikuatkuasakan, Ini Sebabnya!

Reaksi Bisu Walaupun Penambahan Tarif Dikuatkuasakan, Ini Sebabnya!

Perang perdagangan kembali dingin dan walaupun pasaran pertukaran matawang membisu dengan penguatkuasaan tarif baru tersebut, ianya tetap memberi ris

Australasia : Aussie Atau Kiwi?
Laporan Ekonomi AS Fokus Utama Pasaran Hari Ini: 28/03/2018

Perang perdagangan kembali dingin dan walaupun pasaran pertukaran matawang membisu dengan penguatkuasaan tarif baru tersebut, ianya tetap memberi risiko yang tinggi kepada matawang dan ekuiti pada masa hadapan.

Selepas empat bulan berlalu, perdagangan kembali menjadi isu hangat apabila Trump meneruskan janji beliau menaikkan duti import barangan China daripada 10% kepada 25%.

Angka ini merupakan mimpi ngeri kepada pengeksport China, kerajaan China, domestik, bank-bank pusat asing dan juga kepada para pelabur diseluruh dunia.

Akan tetapi reaksi yang berbeza ditunjukkan oleh pasaran matawang dan ekuiti apabila saham Dow menutup seluruh kerugiannya dengan keluar daripada paras terendah dan kembali ke zon yang positif.

Kathy Lien, pengarah urusan BK Asset Management menggariskan empat faktor yang mendorong pergerakan tersebut.

1) Sokongan China ke atas pasaran saham.

2) Pasaran telah memasukkan harga selepas Trump umumkan amaran tarif tersebut.

3) China belum mengumumkan butiran mengenai serangan balas mereka.

4) Mengharapkan tekanan yang dikenakan ke atas China dapat berakhir dengan sebuah perjanjian.

Pasaran juga memberi reaksi yang hampir sama apabila Trump umumkan 10% tarif ke atas barangan China yang bernilai $200 billion pada 17 September tahun lalu di mana EUR dan AUD meningkat berbanding dollar.

Malah kedua-dua matawang ini juga terus meningkat walaupun selepas China mengumumkan serangan balas mereka.

USD/JPY pula jatuh selepas tarif dikuatkuasakan, namun kembali pulih daripada 112 kepada 114.50 hanya dalam tempoh beberapa minggu selepas itu.

Walau bagaimanapun, perbezaan yang terbesar ketika itu adalah Trump diberi dua pilihan sama ada mengenakan 10% atau 25% duti import dan permintaan matawang dan ekuiti meningkat apabila Trump memilih kadar yang lebih kecil.

Ketika tarif besi dan aluminum diumumkan pada bulan Mac, matawang dan ekuiti juga didagang tinggi namun hanya bertahan untuk beberapa hari.

Secara keseluruhannya, tarif Trump memberi kesan yang buruk kepada pasaran AS dan lebih buruk kepada seluruh dunia beberapa minggu kehadapan dan para bank pusat dijangka akan menyuarakan kekecewaan meraka jika data-data semakin melemah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: