RBA Kekalkan Kadar Faedah, ‘Dovisher’ “Terkejut”!

RBA Kekalkan Kadar Faedah, ‘Dovisher’ “Terkejut”!

Reserve Bank of Australia (RBA) sebentar tadi telah mengekalkan kadar faedah mereka pada 1.50% seperti jangkaan. Penyata RBA mengekalkan nada neutral

RBA Kitar Semula Skrip Lama
ANALISA TEKNIKAL AUDNZD

Reserve Bank of Australia (RBA) sebentar tadi telah mengekalkan kadar faedah mereka pada 1.50% seperti jangkaan. Penyata RBA mengekalkan nada neutral mereka sambil mengambil pendirian bahawa kadar faedah yang rendah masih menyokong perkembangan ekonomi Australia serta konsisten bagi mencapai sasaran inflasi mereka pada masa akan datang.

Berikut adalah beberapa isi penting di dalam penyata RBA pada tengahari tadi :

  • Kerja-kerja berkaitan pengangguran dan inflasi dijangka dilakukan secara berperingkat
  • Penggunaan isi rumah terus menjadi ketidakpastian.
  • Pasaran perumahan telah perlahan di Sydney dan Melbourne
  • Pertumbuhan gaji kekal rendah
  • Kenaikan upah dijangka berperingkat
  • Pertumbuhan KDNK secara purata melebihi 3% pada tahun 2018, 2019
  • Keadaan perniagaan adalah positif

RBA turut menyentuh tentang kadar tukaran AUD yang rendah dengan menyatakan Aussie kekal berada di dalam lingkungan harga ianya berada dalam tempoh dua tahun ini tetapi telah mengalami susut nilai berbanding Dolar AS termasuklah matawang dunia yang lain.

Beberapa pakar menjangkakan RBA akan beralih kepada ‘dovish’ ekoran daripada kenaikan mengejut kos pinjaman gadai janji¬†tetapi ianya meleset apabila dalam penyata yang sama RBA menyatakan bahawa kadar purata masih lagi rendah berbanding tahun yang lalu.

Pasangan AUDUSD melonjak hampir 40pips selepas penyata RBA ini diterbitkan sekaligus meranapkan harapan ‘dovisher’ buat masa ini. Namun, harus diingat esok satu lagi data berimpak tinggi akan mengambil tempat untuk AUD. Sebarang keputusan yang baik esok akan mampu terus memperbaiki kedudukan Aussie sekurang-kurangya bagi tempoh pendek-sederhana.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: