RBA Bakal Memotong Kadar Faedah?

RBA Bakal Memotong Kadar Faedah?

Pasaran pada ketika ini sedang menjangkakan kemungkinan berlakunya pemotongan kadar faedah oleh RBA pada minggu hadapan berikutan laporan inflasi bar

Minit Mesyuarat RBA & Pandangan Jangka Masa Pendek AUD
Pasaran Asia & AUD Melonjak Ini Sebabnya

Pasaran pada ketika ini sedang menjangkakan kemungkinan berlakunya pemotongan kadar faedah oleh RBA pada minggu hadapan berikutan laporan inflasi baru-baru ini. Namun beberapa pemerhati pasaran masih merasakan RBA hanya akan melakukan pemotongan pada bulan Ogos dan bukan pada bulan Mei.

Mesyuarat RBA pada minggu depan penting untuk melihat kecenderungan RBA untuk melakukan pemotongan kadar faedah selepas melakukannya pada Ogos dan November tahun lalu. Sebelum ini RBA telah menurunkan jangkaan pertumbuhan Australia daripada 3% kepada 2.75% bagi tahun ini dan 2.5% bagi tahun 2020.

Jika mengikut jangkaan ‘trend’ pertumbuhan tahun ini, ia adalah tidak mungkin untuk RBA melakukan pemotongan kadar faedah dengan begitu cepat. Walaupun begitu oleh kerana inflasi yang masih berada di bawah sasaran 2-3% dan kadar pertumbuhan yang berada di bawah ‘trend’ menjadikan kemungkinan pemotongan kadar faedah mungkin tidak dapat dielakkan lagi.

RBA bakal mengumumkan kenyataan kadar faedah mereka pada minggu hadapan 7 Mei 2019 jam 12.30 tengahari waktu tempatan. Sementara itu, ketiadaan terbitan data ekonomi berimpak tinggi dari Australia mungkin akan menjadikan AUD sedikit ‘senyap’ pada sesi dagangan Asia. Namun laporan data ekonomi dari Tanah Besar China esok mungkin boleh menggerakkan sedikit AUD.

Selain itu pasaran hanya akan mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” sementara menanti panduan yang lebih jelas daripada RBA pada minggu hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: