Rate Hike Fed Dibimbangi Oleh Negara-Negara Membangun Termasuk Malaysia

Rate Hike Fed Dibimbangi Oleh Negara-Negara Membangun Termasuk Malaysia

Para pelabur sehingga hari ini akan terus meneliti perkembangan perdagangan peringkat global yang masih menjadi pemandu utama kepada USD. Indeks US

Yen Lebih Kuat, USD/JPY Gagal Pertahan Harga ¥111.00
USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/06-08/06/2018

Para pelabur sehingga hari ini akan terus meneliti perkembangan perdagangan peringkat global yang masih menjadi pemandu utama kepada USD.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.06% kepada 94.52 setakat jam 8.10 malam.

Walau bagaimanapun kedudukan indeks menunjukkan dollar masih berada menghampiri paras terendah bulan Ogos sekitar 94.34.

Pound berjaya kekal di atas harga 1.30 berbanding dollar selepas perunding Eropah Michel Barnier berkata mereka bersedia untuk menawarkan kerjasama dengan UK selepas Brexit.

Pada pasaran negara membangun, lira Turki terus merekodkan penyusutan tertinggi pada hari Khamis, jatuh 3.83% berbanding dollar, didorong oleh kebimbangan pasaran terhadap ketegangan hubungan antara kedua-dua negara yang masih meruncing.

Pelabur juga tertarik dengan perkembangan pasaran matawang negara membangun yang lain seperti peso Argentina dan rupee India yang mana telah merekodkan kejatuhan ke paras terendah berbanding dollar.

Matawang negara-negara membangun termasuk ringgit Malaysia telah ditekan oleh kebimbangan peningkatan kadar faedah AS dimana akan meningkatkan kos pembayaran semula pinjaman bagi negara-negara yang telah meminjam dollar sebelum ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: