Ransangan PBoC Memulihkan Sentimen, Nilai USD Kembali Susut Ke Paras Terendah Bulanan

Ransangan PBoC Memulihkan Sentimen, Nilai USD Kembali Susut Ke Paras Terendah Bulanan

Harga diperingkat pengeluar AS pada bulan Mei memaparkan peningkatan yang baik pada kadar 2.3% (YoY), menyokong pandangan Fed bahawa inflasi yang lem

Permintaan Yen Melonjak, Trump Semarakkan Api Perang Perdagangan, Jadikan Mexico Sebagai Mangsa Baru
Preview News Penting Buat GBP & USD: 29/05/2018

Harga diperingkat pengeluar AS pada bulan Mei memaparkan peningkatan yang baik pada kadar 2.3% (YoY), menyokong pandangan Fed bahawa inflasi yang lemah adalah bersifat sementara.

Namun begitu, risk-off mood yang semakin pudar telah meningkatkan kembali permintaan aset-aset berisiko sekali gus mengurangkan aliran masuk safe haven termasuk dollar.

Pemulihan sentimen risiko dipandu oleh tindakan PBoC melonggarkan syarat pendanaan projek infrastruktur di China bagi memberi ransangan kepada ekonomi.

Pengumuman tersebut bukan sahaja memulihkan Yuan daripada paras terendah tahunan, malah turut mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap isu pertumbuhan ekonomi global yang ditekan oleh konflik perdagangan.

Susut nilai dollar berbanding matawang lain sejak hari Selasa yang lalu berlarutan sehingga hari ini, dengan indeks USD kekal menghampiri paras terendah bulanan sekitar 96.63 mata setakat jam 2.40 petang.

Kini perkembangan inflasi harga di peringkat pengguna (CPI) AS yang akan diterbitkan pada jam 8.30 malam menjadi tumpuan para pelabur bagi mencari lebih banyak butiran menjelang mesyuarat dasar Fed minggu hadapan.

Bacaan CPI menjadi salah satu indikator penting kepada pembentukan pandangan ahli FOMC, terutamanya selepas Jerome Powell mengatakan bahawa bank pusat akan bertindak sesuai dengan keadaan ekonomi.

Menurut tinjuan CME Group, price-in pasaran terhadap jangkaan rate cut pada bulan Julai telah mencapai 75%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: