Pullback EUR/USD Kekal Di Zon Tertinggi, Pelan Ransangan Fiskal Jerman Menyokong Peningkatan

Pullback EUR/USD Kekal Di Zon Tertinggi, Pelan Ransangan Fiskal Jerman Menyokong Peningkatan

EUR/USD memulakan dagangan minggu ini dengan mood yang positif berikutan dollar gagal menarik pembelian baru walaupun optimis terhadap rundingan perd

Mesyuarat G7 di Jepun, Nikkei Mendatar
Data China & Jerman Tingkatkan Potensi Kemelesetan Ekonomi Global

EUR/USD memulakan dagangan minggu ini dengan mood yang positif berikutan dollar gagal menarik pembelian baru walaupun optimis terhadap rundingan perdagangan AS-China telah memulihkan hasil bon.

Selain itu, permintaan terhadap matawang tunggal EUR juga meningkat selepas terdapat laporan yang mengatakan bahawa kerajaan Jerman kini sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan ransangan kepada ekonomi menerusi fiskal mereka.

Hasil bon 10-tahun Jerman melonjak dengan laporan tersebut sehingga mengecilkan perbezaan antara hasil bon AS-Jerman dan menjadi salah satu faktor pendorong kepada peningkatan EUR/USD.

Sehingga jam 3.05 petang, pasangan matawang ini didagang sekitar 1.1050, mengekalkan kedudukan di zon tertinggi mingguan.

Momentum bullish walau bagaimanapun masih berhadapan kesukaran untuk menarik lebih banyak pembelian yang lebih agresif menjelang acara berisiko pada minggu ini iaitu mesyuarat dasar kewangan Bank Pusat Eropah pada hari Khamsi.

Para pelabur kini sedang menantikan katalis baru dan tanpa barisan data ekonomi utama daripada Zon Eropah, EUR/USD dijangka terus bergerak naik dan turun di dalam julat yang diketahui sekitar pertengahan 1.1000.

Dari sudut teknikal, paras 1.1000 kekal menjadi support terhampir sebelum trend bearish dapat meneruskan penurunan ke zon 1.0925.

Kawasan 1.1060/70 pula menjadi zon resistance yang kuat, namun jika gagal dipertahankan, pullback EUR/USD berpotensi naik menguji 1.1085 dan 1.1110.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: