‘Price In’ Tax Reform Belum Tamat, Mampukah USD Naik Lebih Tinggi?

‘Price In’ Tax Reform Belum Tamat, Mampukah USD Naik Lebih Tinggi?

Peningkatan dolar sejak awal minggu ini didorong oleh perkembangan semasa pemotongan cukai di dewan Senat pada hujung minggu yang lalu. Namun perla

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/14-07/04/2017
Trump Ke Beijing, Yen Mengukuh Di Awal Sesi Dagangan Asia

Peningkatan dolar sejak awal minggu ini didorong oleh perkembangan semasa pemotongan cukai di dewan Senat pada hujung minggu yang lalu.

Namun perlaksanaan belum dapat diputuskan sepenuhnya sehingga kedua-dua dewan (Senat dan Rakyat) berjaya menghasilkan rangka akhir rang undang-undang sebelum diserahkan kepada Presiden Trump kemudian di masukkan ke dalam undang-undang negara.

Adakah dolar masih mempunyai peluang untuk terus naik lebih tinggi?

Pengkaji Strategi Forex daripada Bank of America Merrill Lynch (BOFA) dalam perbincangan mereka mengenai pandanga semasa EUR/USD, mereka melihat ‘price in’ pelabur berasaskan perkembangan reformasi cukai AS masih belum berlaku sepenuhnya.

“Keputusan reformasi cukai akan dinilai berdasarkan ransangan ekonomi jangka masa pendek serta peningkatan defisit fiskal yang akan diterjemahkan melalui kadar faedah dan nilai USD yang tinggi”

Walau bagaimanapun, antara penambahan positif dalam reformasi cukai adalah menjadi penyebab kepada syarikat korporat untuk membawa pulang semula keuntungan atau pelaburan luar negara supaya dapat mengurangkan kadar cukai semasa.

Pada padangan BOFA, jumlah peratusan pertukaran matawang asing yang akan dibawa pulang ke dalam negara dijangka mencapai paras 40%. Hal ini menunjukkan akan berlakunya pembelian USD secara besar-besaran selepas perlaksanaan pemotongan cukai tahun hadapan.

Berdasarkan pendapatan diatas, BOA mensasarkan pengukuhan USD sehingga suku tahun pertama 2018, disamping kesan price in yang cepat selepas keputusan reformasi cukai diumumkan.

BOFA turut mensasarkan pergerakan EUR/USD akan menyusut ke paras 1.10 dan GBP/USD sekitar 1.26 pada akhir suku tahun pertama (Q1) 2018.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: