Preview RBA Rate: Apakah Bank Pusat Terus Membenam AUD?

Preview RBA Rate: Apakah Bank Pusat Terus Membenam AUD?

AUD/USD kekal dengan momentum bearish memasuki minggu keempat dan turut mencatat prestasi terburuk pada minggu yang lalu berikutan kebimbangan yang m

Yen (JPY) Kekal Pilihan Terakhir ‘Safe Haven’
Facebook Dikenakan Siasatan Jenayah, Punca FB Tidak Dapat Diakses Pada Hari Rabu Lalu

AUD/USD kekal dengan momentum bearish memasuki minggu keempat dan turut mencatat prestasi terburuk pada minggu yang lalu berikutan kebimbangan yang memuncak untuk membeli Aussie menjelang pengumuman dasar kewangan RBA pada jam 9.30 pagi hari ini.

Rizab Bank Australia dan Rizab Bank New Zeland merupakan antara bank pusat utama yang paling dovish dalam kenyataan mereka.

Kedua-dua bank ini semakin jauh daripada jangkaan untuk menaikkan kadar faedah, malah mungkin akan mempertimbangkan rate cut sekurang-kurangya pada bulan Ogos tahun ini.

Pada pertemuan bulan April yang lalu, kecenderungan RBA ke arah yang lebih dovish telah memicu reaksi bearish terhadap matawang Aussie dan terus ditekan sejak pengumuman tersebut.

RBA menjelaskan bahawa ahlinya akan terus meneliti perkembangan dan menetapkan dasar monetari yang dapat menyokong kestabilan pertumbuhan ekonomi serta mencapai sasaran inflasi dari semasa ke semasa.

Walau bagaimanapun, berdasarkan data terkini, secara keseluruhannya ekonomi Australia telah berkembang lebih baik selepas mesyuarat dasar yang lalu.

Jualan runcit meningkat, aktiviti sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan memulih dan pertumbuhan pekerjaan bergerak lebih pantas.

Apakah RBA akan umumkan butiran rate cut pada pertemuan kali ini?

Berdasarkan data-data diatas, RBA tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk lebih dovish dalam kenyataan mereka.

Oleh itu, jika bank pusat lebih neutral dalam kenyataannya, kekecewaan para penjual berpotensi mengukuhkan semula Aussie dollar.

Tambahan pula, ketegangan rundingan perdagangan AS-China yang diapikan oleh Trump pada hari Ahad lalu dilihat akan memaksa bank pusat untuk menangguhkan sebarang perubahan yang signifikan terhadap pandangan mereka.

Jika taktik Trump berjaya mempercepatkan kesepakatan terhadap perjanjian perdagangan, rate cut RBA mungkin tidak diperlukan.

Akan tetapi jika RBA tetap mengesahkan bahawa pemotongan kadar faedah berpotensi diumumkan pada tahun ini, AUD/USD akan terus menyusut mencatat harga terendah tahunan yang baru.

Sehingga jam 6.30 pagi, AUD/USD didagang pada harga 0.6989, berhampiran paras terendah empat bulan yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: