Preview News Penting Untuk GBP & USD: 28/12/2017

Preview News Penting Untuk GBP & USD: 28/12/2017

Data Perumahan UK Data harga rumah (HPI) UK bagi bulan Disember akan diteliti lebih dekat selepas jatuh mengejut pada bulan November lalu. Ahli

Isu Fiskal Itali Menghalang Kemaraan EUR/USD Pada Hari Selasa
Greenback (USD) Mulakan Tahun 2018 Di Paras Terendah 3 Bulan Lalu

Data Perumahan UK

Data harga rumah (HPI) UK bagi bulan Disember akan diteliti lebih dekat selepas jatuh mengejut pada bulan November lalu.

Ahli ekonomi maramalkan peningkatan pada data HPI seluruh negara, naik 0.1% pada bulan Disember dan 2.5% dalam unjuran tahun ke tahun.

Bilangan unit perumahan yang rendah menjadi antara faktor utama yang menyokong peningkatan harga, dan dijangka tidak berubah dalam masa yang terdekat.

GBP/USD kini didagang pada paras 1.3405, tutup dengan peningkatan 0.23%

Makro Data AS

Menjelang penutupan tahun 2017, para pelabur akan meneliti beberapa gelombang terakhir pada laporan ekonomi yang bakal dikeluarkan dalam menilai apakah ekonomi AS akan terus menguat atau sebaliknya.

Jabatan Buruh akan mengeluarkan bacaan mingguan bilangan mereka yang memohon insurans pengangguran pada minggu lepas. Ahli ekonomi melihat tuntutan pengangguran ini menyusut sebanyak 5,000 kepada 240,000.

Defisti pada data imbangan perdagangan (perbezaan antara barangan import dan eksport) AS bagi bulan November dijangka jatuh kepada -$67.60 billion daripada -$68.10 pada bulan Oktober.

Menjelang laporan di atas, dollar kekal di paras yang rendah minggu ini dengan indeks USD susut 0.19% kepada 92.66

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: