Preview News Penting Untuk EUR, USD & CAD: 7/12/2017

Preview News Penting Untuk EUR, USD & CAD: 7/12/2017

Pertumbuhan GDP EU Q3 Kesatuan Eropah akan mengeluarkan bacaan akhir pertumbuhan ekonomi bagi suku tahun ketiga yang diukur melalui Gross Domestic

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017
GBPUSD Rebound Disebabkan Spekulasi Pemotongan Kadar Faedah

Pertumbuhan GDP EU Q3

Kesatuan Eropah akan mengeluarkan bacaan akhir pertumbuhan ekonomi bagi suku tahun ketiga yang diukur melalui Gross Domestic Product (GDP).

Penganalisis menjangkakan GDP EU stabil di paras 2.5%, sama seperti bacaan yang dikeluarkan pada suku tahun kedua.

Para pelabur juga akan memberi tumpuan mereka kepada ucapan Mario Draghi hari ini bagi mencari petunjuk baru tentang dasar kewangan di masa hadapan.

EUR/USD didagang pada paras 1.1802, susut hampir 0.22% menjelang laporan GDP hari ini.

Data Pekerjaan AS

Menjelang laporan NFP minggu ini, para pelabur akan terus meneliti data-data yang berkaitan terutamanya dalam sektor pekerjaan.

Hari ini akan dikeluarkan laporan tuntutan mingguan insurans pengangguran bagi minggu yang berakhir pada 2 Disember dengan jangkaan individu yang memohon naik 2,000 orang kepada 240,000.

Angka ini dikeluarkan sehari selepas data ADP AS yang melaporkan peningkatan bilangan pekerjaan baru dalam sektor swasta sekali gus mengukuhkan kedudukan dolar pada minggu ini.

Tumpuan Kepada Bacaan PMI Kanada

Data Indeks PMI Kanada atau dikenali sebagai PMI akan dikeluarkan pada hari Khamis sebaik sahaja Bank Pusat Kanada (BOC) mengekalkan kadar faedah mereka bulan ini.

Selain itu, kenyataan bank pusat yang sedikit dovish apabila menekankan isu perjanjian perdagangan NAFTA yang belum selesai telah menghumban jatuh dolar Kanada berbanding matawang lain pada hari Rabu.

Ivey PMI yang mana merupakan kajian yang dibuat keatas sektor-sektor utama dan dianggap sebagai indikator penting dalam ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: