Preview News Penting NFP & GBP: 8/12/2017

Preview News Penting NFP & GBP: 8/12/2017

Makro Data UK Di UK, tiga laporan bersama iaitu pembuatan, pengeluaran industri dan dagangan bagi mencari kekuatan ekonomi semasa negara berikutan

China Timbulkan Keresahan, Harapan Untuk Melihat Perang Perdagangan Ditamatkan Menipis
Sekatan Baru Trump Sasar Ali Khamenei, Iran Ancam Untuk Tamatkan Diplomasi

Makro Data UK

Di UK, tiga laporan bersama iaitu pembuatan, pengeluaran industri dan dagangan bagi mencari kekuatan ekonomi semasa negara berikutan pelabur semakin optimis dengan perkembangan rundingan Brexit yang semakin positif, membuka peluang kepada perbincangan untuk masuk ke fasa seterusnya.

Ahli ekonomi menjangkakan sektor pembuatan pada bulan Oktober jatuh 0.1% daripada 0.7% bulan yang lalu, manakala pertumbuhan industri pula dilihat menyusut ke paras 0% pada bulan Oktober.

Dalam defisit data dagangan bulan Oktober yang mengira perbeaan antara hasil import dan eksport barangan dan perkhidmatan dijangka meningkat kepada -£11.45 billion berbanding -£11.25 billion di bulan September.

Hari Jumaat yang dinantikan

Data yang sering dikatakan paling memberi impak iaitu Nonfarm payrolls (NFP) akan dikeluarkan pada malam ini dengan jangkaan 200,000 pekerjaan berada dalam ekonomi AS.

Selain itu penganalisis turut menjangkakan penyusutan kadar pengangguran kepada 4.1% manakala purata pendapatan per jam diramalkan meningkat 0.3% berbanding 0% pada bulan Oktober.

Laporan NFP dan data pekerjaan merupakan data yang akan digunakan oleh Fed dalam membuat keputusan dasar kewangan. Oleh itu, bacaan akan diteliti bagi mencari petunjuk terhadap kekuatan semasa ekonomi yang akan memberi arah yang jelas kepada dolar, emas dan bon.

Pengumuman kadar faedah baru akan dikeluarkan selepas mesyuarat FOMC minggu hadapan, 12-13 Disember dengan jangkaan kadar dinaikkan kali ketiga tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: