Preview News Penting Buat USD & CAD: 04/10/2018

Preview News Penting Buat USD & CAD: 04/10/2018

Selepas laporan ADP NFP yang lebih baik, pasaran akan melalui data pekerjaan kedua sebelum laporan rasmi pekerjaan bagi bulan September diterbitkan pa

Harga Emas Melemah Menjelang FOMC
Pemulihan Q1, Pasaran Minyak Terus Mencatat Harga Tertinggi Tahunan Pada Hari Isnin

Selepas laporan ADP NFP yang lebih baik, pasaran akan melalui data pekerjaan kedua sebelum laporan rasmi pekerjaan bagi bulan September diterbitkan pada hari Jumaat.

Data tuntuan insurans pengangguran pada jam 8.30 malam dijangka melaporkan peningkatan sekitar 211,000 tuntuan pada minggu lepas.

Kemudian pada jam 10 malam, para pelabur akan meneliti angka Factory Orders di Amerika Syarikat.

Data yang bervolatiliti tinggi ini dijangka memaparkan peningkatan sebanyak 2.1% pada bulan Ogos selepas susut -0.8% pada bulan sebelumnya.

Di Kanada pula, pasaran akan melihat pekembangan aktiviti ekonomi di sana melalui bacaan PMI hasil tinjaun Ivey.

Ivey dijangka melaporkan peningkatan pada bacaan indeks bulan September, naik daripada 61.9 kepada 62.3 mata.

Pada hari Rabu yang lalu, saham dilihat telah menggerakkan pasaran kewangan secara keseluruhan.

Angka pekerjaan yang kukuh, data perkhidmatan ISM yang lebih baik dan komen hawkish ahli FOMC telah menolak hasil bon 10-tahun AS ke paras tertinggi yang belum dilihat sejak tahun 2011, sekali gus memberi sokongan yang kuat kepada institusi kewangan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback tutup di paras 95.67 pada sesi yang lalu, naik 0.57%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: