Preview News Penting Buat USD: 27/02/2019

Preview News Penting Buat USD: 27/02/2019

Pada hari Rabu, Pengerusi Fed Jerome Powell sekali lagi akan memberi keterangan mengenai ekonomi dan dasar kadar faedah Fed di Dewan Jawatankuasa Per

Dengan Sokongan Hawkish Draghi, Apakah Sasaran EUR/USD?
Selepas 1MDB, StanChart Bank Didenda Lagi oleh MAS

Pada hari Rabu, Pengerusi Fed Jerome Powell sekali lagi akan memberi keterangan mengenai ekonomi dan dasar kadar faedah Fed di Dewan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan yang diketuai oleh Maxine Water.

Perbicaraan akan berlangsung pada jam 11 malam dan Powell dijangka akan dihujani pelbagai soalan yang menjadi kembimbangan para pengguna di Amerika Syarikat.

Namun begitu, kenyataan beliau pada hari ini dijangka tidak sedalam ulasan beliau di hadapan Jawatankuasa Bank Senat pada hari Selasa yang lalu.

Secara keseluruhannya, Powell mengatakan bahawa bank pusat kekal dengan pendirian untuk tidak tergesa-gesa dalam menaikkan kadar faedah, didorong oleh kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan di AS mahupun di peringkat dunia.

Fed juga tidak tergesa-gesa untuk menjual sekuriti kerjaan yangtelah dibeli selepas krisis kewangan 2008-2009 yang lalu kerana menjualnya akan memberi tekanan kepada kadar faedah.

Walaupun kadar pengangguran berada di rekod yang terendah dan sektor pekerjaan masih stabil, namun sebahagian daripada ekonomi terutamanya sektor perumahan telah mula bergerak lebih perlahan pada akhir pertengahan tahun yang lalu.

Selain keterangan Powell, data Pending Home Sales bagi bulan Januari juga akan dikeluarkan pada waktu yang sama dengan jangkaan kadar jualan meningkat daripada -2.2% kepada 0.8%

Para pelabur juga akan mendapatkan angka terkini bekalan dan pengeluran minyak dan gas oleh EIA yang berakhir pada minggu lalu.

Jumlah bekalan dijangka meningkat sekitar 2.842 juta tong dan sentimen pasaran minyak masih berbelah bahagi antara peningkatan output shale minyak AS dan juga pemotongan pengeluaran yang sedang dilakukan oleh OPEC dan Rusia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: